Sunday, June 21, 2009

KERAJAAN PERPADUAN



Ilusi Perpaduan Dalam Islam
Sering kali, isu banyak mazhab dan perbezaan amalan antara gereja-gereja Kristian dibangkitkan sebagai alasan mengapa agama Islam ialah agama yang benar. Logik di sebalik kesimpulan ini ialah bahawa agama yang benar dari Allah yang esa adalah agama yang mempunyai kesatuan dan perpaduan ummah. Bersandarkan fahaman ini, Islam banyak kali dipaparkan sebagai agama yang mempunyai ajaran yang jelas dan umat yang bersatu padu manakala umat Kristian digambarkan sebagai berpecah-belah dan mempunyai ajaran-ajaran yang bertentangan. Namun, apabila fakta-fakta sebenar dikemukakan, adalah jelas pandangan-pandangan tersebut jauh berbeza daripada keadaan sebenar. Artikel ini adalah satu usaha sederhana untuk membawa satu perspektif yang lebih seimbang kepada isu kesatuan dan perpaduan dalam Islam.
Islam bukan satu kesatuan yang kukuh. Sejarah Islam dan komposisi Islam hari ini menjadi saksi kepada kenyataan saya ini.
Perpecahan yang pertama terjadi kira-kira 29 tahun selepas wafatnya Muhammad. Perbezaan pendapat mengenai siapa dan bagaimana khalifah baru harus dipilih telah memecahkan orang Islam kepada beberapa kumpulan. Perpecahan ini juga menyebabkan terjadinya perpecahan akidah dan aliran pemikiran dalam Islam. Kumpulan-kumpulan yang terhasil saling kafir-mengkafiri atau sekurang-kurangnya menganggap kumpulan lain sebagai munafik.

Begitu juga yang terjadi di negara kita akhir zaman ini .bukan perbezaan mazhab tapi perbezaan fahaman politik.

2 comments:

.@blogger.com said...

Salam,
1.Menarik tulisan sdr. masalah utama kita adalah politikus sering menggunakan agama dan perpaduan bangsa utk kepentingan politik, mereka tidak pernah jujur sebenarnya. Walaupun mereka terpaksa menggunakan Agama tetapi natijahnya adalah kepentingan politik semata-mata.
2.Teruslah menulis ~ bERANIKAN hATI

PKMPL said...

husam tembak nasa pakai nik aziz...