Tuesday, June 30, 2009

Realiti Malaysia Hari ini.


Realitinya dunia hari ini ,terperangkap dalam keadaan lari dari mulut Naga masuk Mulut Buaya.Bagaimanapun kita bersyukur kerana Negara Kita lebih dahulu berada dalam blok bebas.Maka itu kita tidak terlihat sebagai meyerah diri dan kehilangan kebebasan dalam menghadapi tekanan agenda globalisasi kuasa dunia.

Pengalaman telah memberikan kemahiran dan kekuatan kepada kepimpinan UMNO kerajaan membangun strategi pertahanan ekonomi dan kewangan yg membantut serangan luar untuk melumpuhkan ekonomi dan politik negara pada tahun 1997.

Terbukti dasar Negara meyertai Negara Luar(Barat) dapat membangunkan ketahanan diri kita malah dapat mematahkan meraka dengan strategi"Joint them and bit them"

Sebaliknya dasar pengasingan diri,penutupan pintu oleh negara-negara tertentu telah meletakkan meraka dlm keadaan yg amat lemah dan terpaksa terus melutut kepada kuasa besar apabila menghadapi cabaran globalisasi yg diterajui oleh Amerika.Ini berlaku kepada negara Eropah Timur dan beberapa negara Asia dan Afrika.

Tanpa perancangan dan strategi yg tepat,yg bermula dengan pegekalan persahabatan dengan Barat,penolakan terhadap dasar tertutup komunis,penolakan terhadap dasar perkauman melayu Nusantara .amalan dasar kapitalisma dan pasaran terbuka ,kita Malaysia tidak berada pada taraf sekarang.Semua ini telah dibolehkan oleh kerana kepimpinan UMNO Barisan Nasional dari awal lagi hingga sekarang bersifat global.kalau PAS dan DAP tak taulah....


Sorotan Sejarah .

Sambungan 2.
Peyertaan dan perpisahan Singapura dari Malaysia pada
(16 September 1963- 9 Ogos 1965)
Meninggalkan konsep malaysian malaysia.
Konsep ini yg bertujuan menghapuskan hak Istimewa orang melayu telah diwarisi oleh Demokratic Action Party(DAP)
Konsep ini jelmaan dari People Action Party (PAP) yg berkuasa di singapura.
Konsep ini yang menjadi menifesto DAP dalam pilihanraya 1969
menimbulkan kemarahan orang melayu terhadap
sikap kerajaan perikatan yg banyak bertolak ansur dengan orang bukan melayu.
------------------------------------------------------------------
Hasil keputusan p/raya 1969 mengugat kedudukan
Kerajaan perikatan dan meruncingkan suasana politik sehingga mencetuskan tragedi berdarah 13 Mei.
Bagaimanapun peristiwa 13 Mei tidak menghilangkan kewarasan kepimpinan UMNO terhadap demokrasi sekalipun menghadapi desakan dari pelampau Melayu termasuk PAS supaya tentera mengambil alih
kuasa dan dibentuk kerajaan melayu.
______________________
Rentetan dari itu
Negara kembali ke demokrasi dengan sokongan dan dokongan
lebih banyak dari parti berbilang kaum atas nama
Barisan Nasional mengantikan Perikatan.

Monday, June 29, 2009

Tahukah anda sikap orang Melayu


Sejarah membuktikan.

Kepimpinan melayu tidak menjadi sombong

dan bongkak apabila British bersetuju mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu

pada 1 Febuary 1948

Sekalipun

UMNO sejak itu berselogankan "UMNO is Melayu and Melayu is UMNO"

(Tunku Abdul Rahman:Political Awakening ms9)

tetapi UMNO

tidak dibawa oleh

arus sentimen perkauman yang sempit.

-----------------------------------------------------

PAS menentang perkongsian kuasa dengan bukan melayu.

sindiran paling tajam oleh pemimpin PAS

Dr.Burhanuddin Hilmi

awal tahun 60 an terhadap dasar berbaik-baik dengan bukan melayu

ialah :"ayam di kepuk mati kelaparan,Kera dihutan disusui"

PAS menganggap kemerdekaan Malaya yang diberikan British

diatas dulang mas(tanpa pertumpahan darah)

sebagai kosong kerana

masih mengekalkan sistem pemerintahan british

dan megekalkan hubungan baik dengan barat

dan menjalankan dasar pasaran bebas.

PAS juga membantah persetujuan kerajaan

menerima bukan melayu sebagai rakyat.

sentimen kebangsaan melayu

dan keagamaan

yang dimainkan oleh PAS

telah menjadi cabaran yg menggugat perpaduan melayu.

-----------------------------

Fikirkanlah ye

kenapa kerajaan perpaduan tak menjadi.................

dah tu nak berdebat pulak

tak payah buang masa

melayan meraka...................

sambung esok edisi ke2

Saturday, June 27, 2009

pengiktirafan tanpa dipinta.

Gambar kat atas ni copy yanggambi punya jangan marah ye.........

Pengiktirafan Tidak di minta tapi hakikatnya,....


Semalam Jumaat 26.Jun.2009 satu panggilan telephone Dato Seri Najib berdering.


Bila dilihat rupanya dari US(Siapa Agaknya)


Rupanya Barak Obama Presiden Amerika nak berbincang dengan Dato Seri Najib banyak perkara antaranya tentang pembebasan 2 tahanan diguantanamo.


malah satu perkara lagi


keinginan Obama Nak Datang ke Malaysia.


Pelik juga tapi bila kita fikirkan


ini satu pengiktirafan pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional


dibawah pimpinan Dato Seri Najib


------------------------------------------------------------------


sumber dari Dato Shakar




Tapi nape PKR dan sekutunya tak mengiktiraf kerajaan Barisan Nasional (BN)mungkin meraka tak dapat terima kenyataan tersebut.tapi bila lihat apa yang saya paparkan ni mungkin akan bertambah idea nak menghentam kerajaan .


Friday, June 26, 2009

Anwar Ibrahim berkata....

Anwar Ibrahim berkata semasa memberi ceramah di Kubang menderong
kepala Batas 15 Oktober 1990
.......................................................................
"Janji-janji yg dibuat oleh gagasan parti pembangkang itu semuanya adalah janji-janji palsu yang cuba mengabui mata rakyat kerana janjai meraka sebenarnya tidak mudah dilaksanakan.meraka berani membuat janji tersebut sebab meraka tidak mampu memerintah dan ianya lebih merupakan strategi untuk menang pilihanraya sahaja"
--------------------------------------------------------------
"Semangat 46 dan PAS adalah sebagai perkakas DAP kerana meletakkan calon masing-masing bagi mengganggu kemenangan UMNO dalam pilihanraya umum ini .pegundi-pegundi tidak harus terkeliru sebaliknya meraka hendaklah meyelamatkan MALAYSIA dari DAP dan pembangkang semangat 46 dan PAS"
--------------------------------------------------------------------
Anwar berkata sewaktu
mengulung perbahasan rang undang-undang perbekalan 1993
Parlimen pada17 nov 1992
"Apa yang sebenarnya berlaku ialah PAS sendiri telah melakukan perkara-perkara yang selama ini bertentangan dengan prinsip dan perjuangan parti itu"
kata-kata anwar Ibrahim .
kalau kita renung dan fikir sepintas lalu jelas apa yang beliau kata itu benar .... meraka (pakatan Pembangkang)PKR dan PAS ,DAP tak mampu kerana dalam ayat tersebut pembangkang yang dimaksudkan adalah PAS dan Sekutunya....
he...he....he.......
Tu lah kata dulang paku serpih ..
Kata orang dia yg.......................tambahlah apa pun.

Thursday, June 25, 2009

Dato Nik Aziz


Tok Guru gelaran sesuai untuk Dato
Warak dan keterbukaan perinsip Dato.
Islam perjuangan Dato.
Al-Quran dan Sunnah pegangan Dato.
Dato Nik Aziz......
sesuaikah Dato berkawan dengan orang yang-
tak memahami isihati dato
tak memahami perjuangan dato
tak meyokong matlamat perjuangan dato
tak megiktiraf Agama(ISLAM) Dato
menghalang penubuhan negara islam.
menghalang perlaksanaan hukum hudud.
.
.
Saya tak Fahamlah ini semua .......
susah nak fikirkan.

UNGKAPAN YG TAK BOLEH KITA LUPA




ANWAR IBRAHIM BERKATA


DALAM SATU KENYATAAN DI KUALA LUMPUR


PADA 8 MEI 1987


"Ada pihak berusaha menggugat kestabilan kerajaan dan negara dengan mengancam mengambil pelbagai tindakan setelah gagal menjatuhkan kerajaan melalui pilihanraya dan pemilihan pucuk pimpinan UMNO.meraka berbuat demikian semata-mata untuk mencapai cita-cita politik meraka yang sempit".




tantang PAS dan DAP


"Kerjasama antara PAS dan DAP jelas mengkhianati perjuangan orang melayu dan boleh mencetuskan perpecahan kaum"


.


ungkapan ini dibuat pada majlis pemimpin bersama rakyat


di gombak kuala lumpur 21 april 1995




"Kita jangan mudah ditipu oleh orang-orang yang bernafsu besar dan yang gilakan kuasa seperti PAS yang bersekongkol dengan DAP"




"Saya hairan kenapa PAS dan DAP terutamanya dengki dengan kejayaan yang dicapai oleh pemerintahan negara ini sedangkan para pemimpin kerajaan tidak melakukan kezaliman"




Anwar berucap dalam ceramah BN di kg sg.Pasir sg.Petani Kedah pada 22 Disember 1990.


...........................................................................................................................................




Inilah persoalan yang sering bermain dibenak hati saya dulu masa dalam UMNO semuanya benar tapi bila dah keluar dari UMNO lain jadinya.dan semua yang kerajaan buat tak betul.


H1N1.BALA DARI TUHAN

Tindakan tegas bendung H1N1 meningkat:( Najib )
KUALA LUMPUR: Penutupan semua sekolah akan menjadi pilihan terakhir yang akan dibuat oleh kerajaan jika bilangan kes Influenza A (H1N1) terus bertambah selepas mengambil langkah membendung wabak itu dengan ketat, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, kerajaan mahu pastikan penularan wabak itu dibendung segera dan sedia bertindak tegas melaksanakan segala langkah pencegahan. "Pada masa sama, kita tidak mahu orang ramai panik akibat tindakan drastik seperti menutup semua sekolah.
PANDANGAN SAYA ..
Itu adalah amat wajar tapi seperkara lagi kita perlu tahu ,BABI atau KHINZIR itulah pokok yang utama perlu kita hapuskan,sama macam kes Selsema burung kita pastikan semua jenis ungas yang menjadi peyebab Flu Burung dihapuskan.
KINI H1n1.adalah disebabkan oleh BABI.. maka kita pastikan semua Babi dipantau dan dihapuskan...

Wednesday, June 24, 2009

TAK JADI KERAJAAN PERPADUAN PUN TAK APA


Semua nikmat ada jalur-jalurnya. Mungkin nikmat kita melalui seseorang. Orang yang tahu bersyukur itu senang sekali untuk merenungi dan mengingati kebaikan orang lain dan membalasnya. Dan orang-orang yang bersyukur inilah yang akan menikmati kehidupan yang penuh dengan nikmat.
Ahli Sykur, akan memanfaatkan nikmat yang ada untuk mendekatkan diri kepada Allah. Lisan mengucapkan Al-Handulilah kepada Allah dan terima kasih kepada sesama manusia. dahi dipakai banyak bersujud. Mata dipakai melihat kebenaran ilmu dan Al Quran. Lidah dipakai banyak menyebut nama Allah, berdoa, menasehati kebaikan dan kebenaran, dan harta kekayaan dinafkahkan di jalan Allah.
Ingtalah bahawa Ilmu, kekayaan dan kesempatan adalah nikmat.Allah menjanjikan setiap nikmat yang disyukuri akan mengundang nikmat yang lainnya. Tidak usah bingung terhadap nikmat yang belum ada(PERPADUAN), karena nikmat yang belum ada bukan urusan kita, itu hak mutlak Allah. Urusan kita mensyukuri nikmat yang ada. Saudara-saudara ku yang sama-sama mencari keridhaan ALlah Nikmatnya ahli syukur ia akan bebas dari fikiran yang sia-sia, dari menyusahkan dirinya, bahkan akan dimudahkan oleh Allah untuk mendapatkan nikmat-nikmat yang belum terpikirkan oleh kita.Kita yakinkan dalam diri kita : kita banyak angan-angan dan keinginan yang kita harapkan, tetapi tidak semua yang diharapkan akan kita dapatkan, kewajiban kita adalah mensyukuri apa yang kita perolehi, maka jadilah manusia Ahli Syukur.Insya Allah kita semua akan mendapat yg lebih bauik dari Kerajaan perpaduan .(UMNO untuk Melayu dan Islam)


Tuesday, June 23, 2009

SIAPA TAK KENAL ANWAR

Dato Nik Aziz mengapa menghalau Dato Nasarudin keluar PAS kesian kat dia .....Orang muda baru nak belajar mengenal erti perpaduan di halau keluar pulak .dah tu suruh letak jawatan .tapi tak apalah biar dia masuk UMNO pulak boleh bantu cerita tentang Tok Guru dan membuat pemikiran baru .... agar apa yang dia bakal buat mencerminkan diri dia sendiri tampa terikat dengan DAP dan PKR yang sentiasa membuat Onar.

Dato seri Anwar Ibrahim merupakan orang yang sangat terkenal suatu masa dahulu ,kini mengapa menjadi caci maki orang pulak .kalau dulu bercakap untuk rakyat tapi sekarang kami tak jelas apa yg sebenarnya dato mahu.
Dulu Dato seri sering menghentam PAS dan sekarang dato menghentam UMNO dan barisan Nasional.Lepas ni dato mungkin hentam PKR pulak bila meraka tidak mengikuti telunjuk Dato.
Malang lah nasib rakyat malaysia yang tidak mengenal dato dan meyokong membabi buta....
Insaflah ...lupakan peristiwa lampau kita bina ummah gemilang dengan kerajaan yang sedia ada.jika ada kelemahan kita bantu memperbaikinya bukan menghancurkannya.umat melayu hari ini berpecah belah menjadi berpuak puak akibat tak tahu mana yang betul mana yang salah....
Tapi walaubagaimana pun UMNO masih boleh memberi harapan kepada kita orang melayu.tidak ada parti yang menyebut melayu selain UMNO.
PAS-Dengan wadah Islamnya.
tidak mengira bangsa asal islam.
PKR-Dengan Berbilang Bangsa.
tidak mengira siapa asal orang malaysia ok.
UMNO-Dengan semagat melayu.
melayu-(islam) penduduk tanah melayu sekarang (malaysia).


Monday, June 22, 2009

ANWAR IBRAHIM


Apa erti semua ini.
Kalau dulu kamu dalam UMNO kamu kutuk habis kerajaan PAS dan bila kamu kena halau keluar dari UMNO kamu tubuh Parti baru Namanya Keadilan... Tah macam mana adil itu saya tak tahu.
Yang saya nak marah sangat mengapa kamu mengheret Tok guru ikut kamu.... Tok guru tu dah la kamu kutuk sebelum ni.kini bila kamu terdesak kamu tarik dia pulak.Baru je orang tua tu nak buat kerajaan perpaduan kamu tahan dia .sudah sudah la meyusahkan orang.
Kita kan orang Islam apasalahnya kalau kita pakat-pakat membuat kebajikan .kita angkat Agama kita Islam biar dunia tahu orang melayu cintakan Islam.
Ni nak bagi tau..Kominis melayu balik ketanah melayu buleh dimaafkan.Tapi komunis cina buat apa balik ke tanah melayu.Cheng peng tu cina balik kecina la...itu lah fikiran saya.macam kominis india balik india la... kan .. macam hindraf tu .Balik India la tak sedar diri.Porah cehhh paria.

Apa dah jadi HADI

Apa dah jadi ni.Tok Guru.........

Kami rakyat Malaysia beragama Islam dah mula rasa gembira bila orang melayu bersatu ....Tiba tiba Blogdepa -kata, menulis kerajaan perpaduan batal. apa kena ni .....

Tadi baru je .... Cahaya keimanan nak masuk .tiba-tiba lain pulak jadinya.Nape la ikut cakap Anwar Ibrahim ,DAP dia tu bukan boleh pakai .tah kat mana hala tuju dia kita tak tau.

Aku dah frust la bila meraka cuba berdolak dalik mengata UMNO tak Betul penipu,macam macam perkara buruk.

Apa ni... kata nak kepada Islam Lupakan perkara yang lampau kita bina yang baru .bukan untuk kita tapi untuk seluruh ummah manusia .

Ni satu pantun.

pokmat jual beruk.

masak lemak gulai keladi

Nik mat dah teruk

Apa lagi haji hadi.

kalau dua -dua dah teruk bungkus masuk dalam guni...jual pekan sehari.....kah...kah.jangan marahhhh.



Kerajaan perpaduan UMNO-PAS(UMPAS)







Firman Allah SWT yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan." [5:8]

Fikirkanlah yang terbaik untuk rakyat jika kamu benar-benar memegang amanah rakyat dan buat lah keputusan yang baik agar Islam menjadi lebih kukuh ...Kamau semua adalah makhluk Allah diatas muka bumi yang dipertanggungjawabkan untuk menjadi pemimpin .
Jika kerajaan perpaduan benar-benar terjadi maka hendaklah kamu, kami dan seluruh penduduk bumi malaysia ini berubah dan megangkat ajaran Islam sebagai perjuangan.
1) Memulihkan kembali sengketa lama.
2) Saling bermaaf-maafan.
3) Rujuk kembali yang telah bercerai berai suatu masa dulu kerana fatwa yang dikeluarkan.
4) Jadikanlah negara ini aman damai ( Tidak memulau antara satu sama lain).Kuatkan kembali ekonomi negara .
Hubungkanlah tali silatulrahim yang terputus sekian lama angkara fahaman politik yang sempit.
Insyaallah.........






Sunday, June 21, 2009

KERAJAAN PERPADUAN



Ilusi Perpaduan Dalam Islam
Sering kali, isu banyak mazhab dan perbezaan amalan antara gereja-gereja Kristian dibangkitkan sebagai alasan mengapa agama Islam ialah agama yang benar. Logik di sebalik kesimpulan ini ialah bahawa agama yang benar dari Allah yang esa adalah agama yang mempunyai kesatuan dan perpaduan ummah. Bersandarkan fahaman ini, Islam banyak kali dipaparkan sebagai agama yang mempunyai ajaran yang jelas dan umat yang bersatu padu manakala umat Kristian digambarkan sebagai berpecah-belah dan mempunyai ajaran-ajaran yang bertentangan. Namun, apabila fakta-fakta sebenar dikemukakan, adalah jelas pandangan-pandangan tersebut jauh berbeza daripada keadaan sebenar. Artikel ini adalah satu usaha sederhana untuk membawa satu perspektif yang lebih seimbang kepada isu kesatuan dan perpaduan dalam Islam.
Islam bukan satu kesatuan yang kukuh. Sejarah Islam dan komposisi Islam hari ini menjadi saksi kepada kenyataan saya ini.
Perpecahan yang pertama terjadi kira-kira 29 tahun selepas wafatnya Muhammad. Perbezaan pendapat mengenai siapa dan bagaimana khalifah baru harus dipilih telah memecahkan orang Islam kepada beberapa kumpulan. Perpecahan ini juga menyebabkan terjadinya perpecahan akidah dan aliran pemikiran dalam Islam. Kumpulan-kumpulan yang terhasil saling kafir-mengkafiri atau sekurang-kurangnya menganggap kumpulan lain sebagai munafik.

Begitu juga yang terjadi di negara kita akhir zaman ini .bukan perbezaan mazhab tapi perbezaan fahaman politik.

KEKUATAN UMMAH YG BERIMAN

Kekuatan Ummat
Ummat Islam kuat bukan karena senjata, bukan karena jumlah orang, bukan karena teknologi atau ekonomi.Ummat Islam kuat karena MELAKSANAKAN SEGALA PERINTAH ALLAH SWT.
Sejarah telah membuktikan. Penyerahan kunci Jerusalem oleh pendeta kristen, Sophronius, pada tahun 16H (636/637 M) kepada seseorang yang tanda-tandanya telah tertulis di dalam kitab mereka, Umar bin Khathab ra.
Alim ulama menyampaikan bahawa 1 bulan perjalanan sebelum para Sahabat yang terdiri dari beberapa jema'ah besar dan dipimpin oleh Khalid bin Walid, Abu Ubaidah dan Amr bin Al-Ash radhiallaahu anhum sampai ke Jerusalem mereka sudah merasa gentar. Mereka mengirim mata-mata untuk melihat keadaan pasukan Islam. Senjata, perbekalan dan jumlah mereka. Setelah mendapatkan laporan bahwa jumlah pasukan, senjata dan perbekalan pasukan Islam tidak sebanyak yang mereka miliki maka panglima perang mereka merasa yakin masih bisa mengalahkan tentara Islam. Tapi pendeta mereka menahan mereka dengan meminta supaya mereka mengirimkan mata-mata lagi untuk melihat apa yang menjadi kebiasaan para Sahabat.
Setelah mata-mata tersebut kembali pendeta itu menanyakan, apa yang biasa mereka lakukan di siang hari, dan apa yang selalu mereka lakukan di malam hari. Mata-mata itu berkata, "Di siang hari mereka menjumpai orang dan menyerunya kepada Agama mereka dan Tuhan mereka dan di malam hari mereka berdiri dan bersujud menyembah Tuhan mereka". Pendeta itu mengatakan, "Kalau begitu kita tidak akan mungkin dapat mengalahkan mereka". "Bagaimana kita tidak dapat mengalahkan mereka, pasukan kita lebih banyak dari mereka, senjata kita lebih baik dari milik mereka", kata panglima perang. "Kalian tidak akan dapat mengalahkan mereka", kata pendeta tersebut. "Adakah cara untuk mengalahkan mereka", tanya panglima perang lagi. Pendeta tersebut berkata, "Kalian tidak dapat mengalahkan mereka dan itu sudah tertulis di dalam kitab kita bahwa mereka akan menguasai negeri ini kecuali...". "Apa?", tanya panglima perang itu. "Kecuali kalau hati mereka telah cenderung kepada 2 perkara, harta benda dunia dan wanita. Dan kita akan uji mereka dengan 2 perkara itu", kata sang pendeta itu lagi.
Maka dikirimlah satu utusan ke daerah di mana pasukan Islam bermarkas. Mereka membuat rencana. Di antara perkemahan dan tempat pasukan Islam melakukan sholat mereka tebarkan harta, emas dan intan berlian dan mereka memajang anak-anak gadis mereka dalam keadaan setengah telanjang supaya orang Islam tertarik dan menjadi lemah. Mereka punya makar tetapi Allah SWT juga mempunyai makar. Allah SWT telah mengilhamkan kepada panglima perang Muslim untuk memberikan nasihat (targhib) kepada pasukannya.
Alim ulama menerangkan bahwa. Panglima perang pasukan Muslim hanya menyampaikan satu ayat Al-Qur'an saja, ayat 30 surah An-Nur.
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".
Tidak lebih dari itu. Mereka yang memang dalam kesehariannya sudah mengamalkan apa yang terkandung di dalam Al-Qur'an yang menjadi perintah Allah, setelah mendengar apa yang disampaikan oleh pimpinan mereka maka mereka bertambah-tambah lagi menjaga dan melaksanakan perintah Allah ta'ala tersebut. Sehingga ketika mereka melalui jalan yang telah disebar di atasnya harta benda dan anak-anak gadis telanjang berbaris tidak menyebabkan mereka terfitnah. Ketika dikumpulkan semua pemilik harta dan gadis-gadis pilihan tersebut untuk dimintai keterangan maka tidak ada satu harta-pun yang telah mereka tebarkan hilang dan anak-anak gadis itu diminta agar tidak malu mengatakan apakah mereka telah diganggu, dilihat atau bahkan dizinai... maka mereka berkata, "Kepada siapa kami dipertontonkan? Apakah mereka itu batu atau apa? jangankan untuk memegang tubuh kami melihat dengan ujung matapun tidak!"
Begitulah keadaan orang-orang dulu. Allah SWT menurunkan pertolongan dan memberikan kekuatan kepada mereka bukan karena mereka banyak, bukan karena mereka kenyang, bukan karena mereka kaya, bukan karena mereka canggih, tapi karena mereka melaksanakan perintah Allah SWT.
Satu lagi pelajaran dari kisah tersebut. Sholat berjema'ah di masjid adalah syi'ar kalau kita fikir bukankah mereka cukup sholat di dekat mereka berkemah, mengapa mereka pergi ketempat lain untuk sholat? Ketahuilah bergeraknya seorang muslim kepada Allah SWT telah cukup untuk memberikan pengaruh kepada lingkungan bahkan alam semesta ini. Saudaraku.
Segala permasalahan ummat yang ada sekarang hanya dan hanya akan selesai jika setiap kita laksanakan semua perintah Allah SWT. Dan semua itu berawal dari masalah Iman bukan karena masalah yang lain. Alim ulama telah memberitahukan bahwa. IMAN AKAN DIDAPAT HANYA DENGAN MUJAHADAH IMAN AKAN TERSEBAR HANYA DENGAN DA'WAH IMAN AKAN TERJAGA HANYA DENGAN BI'AH. Allah SWT telah menyampaikan bahwa sesungguhnya orang-orang yang bermujahadah bagi mereka pasti dan pasti Kami berikan jalan-jalan hidayah. Jadi. 'Izzah ummat Islam hanya akan kembali apabila tiap kita dan seluruh ummat Islam bergerak. Bergerak sebagaimana "assabiquunal awwaluun" bergerak. Hanya dengan Da'wah dan Jihad -titik- Ajak saudara muslim kita kepada Allah SWT "saja". (jangan ajak dari satu makhluk ke makhluk yang lain)

Monday, June 15, 2009

masalah ummah di malaysia

Sering kita dengar dan kita baca di dalam akhbar maupun kita lihat di kaca tv.perkara yang sering dikaitkan dalam kehidupan harian kita.

1)Masalah Moral anak-anak remaja.
2)Masalah bersekedudukan
3)Masalah Zina.
4)Masalah penceraian dan lain-lain.

Masalah moral anak-anak remaja.
Perkara ini berlaku apabila sesuatu keramaian diadakan disuatu tempat yang membabitkan orang ramai dan disajikan dengan tari menari dan nyayian serta habis pada pertengahan malam hari.maka pada masa itulah berbagai ragam manusia (anak muda)bertindak luar dari batasan moral sebagai orang islam.
Anak -anak gadis yang datang dari kawasan Felda atau kampung yang jauh dari bandar mengunakan pengangkutan Bas .Biasanya apabila sesuatu keramaian tamat maka perkhidmatan bas untuk pulang pun tamat maka anak-anak ini akan mencari tempat untuk bermalam.apabila ada ajakan dan pelawaan dari kawan atau rakan untuk menumpang maka tampa berfikir panjang meraka akan setuju dan akur dengan apa yang bakal berlaku sehinggalah tergadai maruah diri,minum arak dan bertukar pasangan.
Masalah bersekedudukan.
Dalam minggu-minggu kebelakangan ini sering terdengar kisah bersekedudukan.jika diteliti halus-halus maka kita ketemu dengan jawapannya.mana tidak berlaku perkara tersebut mulanya menumpang rumah kawan tetapi apabila sudah tiada wang maka sanggup untuk berkongsi tempat tinggal kadang kala wanita berusia dan lelaki muda.kadangkala lelaki tua perempuan muda.bila ditanya mengapa perkara ini berlaku maka meraka menjawab saya kasihan dan saya termakan budi dan yang lainnya saya ingat itu tak salah.
Masalah Zina.
Zina kerap terjadi apabila anak remaja yang baru mula mengenal erti cinta maka untuk membuktikan cinta sejati kononnya maka meyerahkan mahkota diri.hasilnya lahir anak luar nikah dan pembunuhan pun berlaku mana taknya takut malu maka anak yang dilahirkan akan dibuang atau disimpan agar tidak diketahui ibubapa dan orang sekeliling.
Masalah penceraian.
Baru satu hari kahwin dah bercerai.bila ditanya kenapa meraka menjawab perempuan yang saya kahwini dah tiada dara.pada hal sebelum nikah meraka dah melakukan persetubuhan.bila dah jadi halal dan sah disisi agama meraka menjadi muak dan mengejar perkara maksiat.
Kesimpulan dari apa yang berlaku semuanya menyalahkan pihak kerajaan tidak megetatkan peguatkuasaan tidak itu dan ini.sebenarnya kita orang Islam dalam hidup kita mesti dan wajid ada asas agama dan berpegang teguh dengan ajaran agama serta hukum halal haram nya.dan renugilah potongan maksud ayat ini mudah mudahan kita tak jadi macam yang diceritakan.
Surah Al-Nisa ayat 148] Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


Surah Al-Nisa ayat [153] Ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. (Janganlah engkau merasa pelik), kerana sesungguhnya mereka telah meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu. Mereka berkata: (Wahai Musa) perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata (supaya kami dapat melihatNya dan percaya kepadaNya). Lalu mereka disambar oleh petir dengan sebab kezaliman mereka (menderhaka kepada Allah); kemudian mereka pula menyembah (patung) anak lembu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (mukjizat), lalu Kami maafkan mereka dari perbuatan yang sedemikian itu (ketika mereka bertaubat) dan Kami telah memberi kepada Nabi Musa kekuasaan yang nyata (untuk mengalahkan kaum yang kafir itu).

Friday, June 12, 2009

10 wasiat hasan al-banna

1) Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.
2) Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.
3) Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!
4) Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!
5) Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!
6) Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.
7) Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.
8) Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi * untuk menghapuskan kemungkaran * kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan * kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.
9) Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.
10) Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya..

Wednesday, June 3, 2009

BAHAYA AJARAN SESAT

Bahaya Ajaran Sesat di Malaysia.

Ciri-Ciri Utama Ajaran Sesat
-Mempercayai orang yang telah mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya
-Bersumpah merahsiakan ajaran yang diikutinya.
-Mengagung-agungkan keturunan Yahudi
-Mengaku dirinya atau gurunya sebagai Nabi
-Mengakui Dirinya Memiliki Barang-barang Peninggalan Rasulullah s.a.w.
-Mempercayai Semua Ajaran Adalah Sama.
-Mengaku Dirinya Sebagai Wali Atau Mempunyai Keramat.
-Meninggalkan Sembahyang Jumaat Kerana Bersuluk.


Suatu ancaman besar kepada agama dan umat Islam di Malaysia masa kini ialah penyebaran ajaran-ajaran sesat dikalangan umat Islam yang terus berjalan dari masa ke semasa. Ajaran-ajaran ini dapat bertapak apabila saja ianya diperkenalkan.Sehingga kini hampir seluruh pelusuk rantau negara ini diresapi oleh berbagai-bagai bentuk ajaran sesat, yang datang dari berbagai-bagai tempat. Sebilangan daripada ajaran-ajaran tersebut terang-terang boleh mengheret pengikutnya keluar dari akidah dan syariah agama Islam tetapi tidak disedari oleh pengikutnya putus hubungan dengan saudara-saudara Islamnya yang lain di dalam masyarakat.
Ada pula ajaran-ajaran di mana pengikutnya sanggup keluar dari agama Islam kerana mempercayai bahawa ajaran itu betul, dan pula yang sanggup menceraikan isteri, meninggalkan rumahtangga dan seterusnya melakukan kekejaman ke atas orang lain dan kadang-kadang melakukan pembunuhan.

Keadaan-keadaan beginilah yang benar-benar mengancam agama dan keselamatan umat Islam di negara ini dan amat sukar diatasi sekiranya tindakan yang betul-betul berkesan tidak diambil dengan segera.

Latar Belakang
Sejarah kelahiran ajaran sesat atau penyelewengan akidah Islamiah ini bukanlah suatu perkara baru tapi ianya telah bermula sejak sebelum wafat Nabi Muhammad s.aw di mana telah lahir beberapa orang mendakwa dirinya sebagai Nabi selepas Rasulullah s.a.w. dan menyebarkan ajaran-ajarannya kepada umat Islam pada masa itu seperti Musailamatul Kazab, Talhah al-Asady dari Kabilah Bani Asad dan al-Aswad al-Anusi di Yaman.
Pada masa ini di negara kita sudah banyak terdapat ajaran-ajaran sesat yang muncul dari semasa ke semasa di mana hampir keseluruhannya tidak dapat dihapuskan oleh pihak-pihak tertentu. Jika ditinjau masalah ajaran sesat ini ianya bukan sahaja lahir dalam masyarakat umat Islam sahaja bahkan semua agama dan semua bangsa menghadapi cabaran dengan kelahiran ajaran yang menyeleweng daripada ajaran asal seperti tragedy Guyana di mana pengikut-pengikutnya seramai 912 orang telah sanggup membunuh diri dengan meminum racun di bawah pimpinan Jim Jones.
Di kalangan umat Islam Malaysia ajaran-ajaran sesat yang telah dikesan dan dipercayai paling lama usianya ialah ajaran Taslim yang telah diasaskan oleh Tuan Haji Ahmad Matahari pada akhir abad ke-17 di Kampung Seronok Bayan Lepas Pulau Pinang. Setelah Haji Ahmad Matahari meninggal ajaran ini dipimpin oleh anaknya dan setelah meninggal ia telah dipimpin oleh cucunya dan setelah cucunya juga meninggal maka ia telah dipimpin oleh orang-orang kanannya hingga ajaran ini merebak ke seluruh negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Takrif Ajaran Sesat
Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang didakwanya berdasarkan kepada ajaran Islam, tetapi sebenarnya ajaran atau amalan tersebut adalah berlawanan dengan akidah dan syariah Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.

Bentuk-bentuk Ajaran Sesat

Pada masa ini terdapat beberapa jenis ajaran sesat yang dapat dibahagikan kepada tiga bentuk utama iaitu:
Bentuk Ajaran
Ajaran ini biasanya lahir melalui ajaran-ajaran yang direka atau dicipta oleh seorang guru atau penganjur ajaran sesat yang menggunakan berbagai-bagai nama atau pengamalan tertentu.

Bentuk Tarikat
Melalui bentuk tarikat ini biasanya mereka menggunakan nama-nama tarikat yang masyhur di kalangan umat Islam kerana tarikat ini telah pun diamalkan oleh ulama-ulama yang mana mereka ini mengamalkan amalan-amalan tarikat ini dengan berpandukan kepada al-Quran dan sunnah. Dengan ini meraka menggunakan nama-nama tarikat ini seperti Ahmadiah, Naqsyabandiah Sazaliah, Samaniah, Qadariah, Muffaridiah dan berbagai-berbagai lagi. Kadang-kadang nama-nama tarikat ini diciptakan mengikut ajaran tarikat ini.

Walaupun terdapat nama-nama yang bersamaan antara tarikat-tarikat yang direka dengan tarikat asal tetapi ternyata daripada ajaran-ajaran yang diamalkan oleh mereka dan konsep yang terdapat dalam ajaran tarikat itu terdapat unsur-unsur ataupun bahan-bahan yang boleh membawa penyelewengan akidah Islamiah dan boleh membawa pengikut-pengikutnya terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.

Melalui kepercayaan dan amalan tradisi yang berhubungan dengan amalan mistik dan kultus.
Bentuk kepercayaan ini telah menjadi satu perkara lumrah dikalangan orang-orang Melayu Islam di negara ini kerana ianya bersifat:

a. Pemujaan kepada tempat-tempat yang dianggap keramat.
b. Pemujaan kepada orang-orang yang dianggap wali dan mempunyai kelebihan.
c. Kepercayaan kepada kuasa-kuasa kesaktian melalui amalan-amalan seni mempertahankan diri dan sebagainya.
d. Kepercayaan terhadap dukun-dukun atau bomoh-bomoh yang mendakwa mendapat ilmu kedukunan daripada mimpi-mimpi atau orang-orang halus (bunian ataupun sampingan) melalui amalan cara menurun dan sebagainya.

Jika dilihat daripada bentuk-bentuk yang disebutkan di atas adalah menunjukkan bahawa orang-orang Islam di negara ini masih mencampuradukkan di antara pola-pola kepercayaan tradisi mereka dengan unsur-unsur agama Islam dan sekiranya pola-pola yang sedemikian tidak dapat dipisahkan dengan kepercayaan umat Islam pada hari ini, maka krisis akidah umat Islam makin meruncingkan.

Tuesday, June 2, 2009

Bahaya Seragam Doa

Bahaya Seragam Doa

Renungilah maksud surah al-Kafiruun :

[1] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir!
[2] Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
[3] Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
[4] Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
[5] Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
[6] Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.

Menurut ulama' tafsir bahawa surah ini diturunkan apabila kaum kafir Quraisy yang tidak mampu melawan hujah kebenaran wahyu yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w lalu mereka mahu membuat satu perjanjian dengan nabi iaitu mereka sanggup melakukan ibadat dalam menyembah Allah sebagaimana yang dilakukan oleh nabi dengan syarat nabi pun mesti beribadat pula dengan cara mereka menyembah berhala.Selepas itu turunlah surah ini bagi menyatakan bahawa Islam tidak boleh berpakat dalam masalah aqidah dan ibadat.

Pada hari ini pula kita dikejutkan dengan cadangan untuk seragamkan doa di sekolah kebangsaan lantaran daripada bantahan ibubapa bukan Islam yang tidak berpuas hati apabila anak mereka terpaksa mengaminkan doa yang dibaca mengikut ajaran Islam.Masalah ini nampak kecil dan remeh tetapi melibatkan masalah aqidah yang mesti dipertahankan dan dalam masa yang sama perlu diselesaikan dengan cara hikmah dengan orang bukan Islam. Apa yang paling baik dibuat ialah agar doa asal dikekalkan dengan diberi pengecualian kepada pelajar atau guru yang bukan Islam. Di samping itu mestilah dibuat penjelasan terbaik mengenai perkara ini kepada orang bukan Islam dan sebaiknya lagi dipanggil para ulama' Islam dengan ahli agama bukan Islam untuk duduk semeja bagi mengambil kata putus terbaik mengenai masalah ini dan beberapa masalah yang lain. Ketegasan umat Islam banyak keadaan merupakan antara cabang dakwah yang boleh membuka hati bukan Islam untuk bertanya tentang mengapakah ada perkara dalam Islam yang tidak boleh disepakatkan dan ada pula yang boleh. Jika umat Islam terus tunduk pada tempat yang tidak sepatutnya begitu akan menyebabkan aqidah dan kesucian umat Islam akan dicemari dan tergugat.

Dalam ceramahnya pada malam 12 Julai di Ampangan, Seremban, Yg. Bhg Dato Dr Hj Harussani bin Hj Zakaria(Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan)menjelaskan bahawa beliau telah memberikan ulasan beliau kepada pihak akhbar mengenai kenyataan arahan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan menyeragamkan doa di sekolah agar sesuai untuk semua agama. Namun kenyataan beliau hingga ke semalam belum dikeluarkan lagi. Beliau menyatakan sekiranya doa tadi tidak menyebut nama Allah hanya disebut Tuhan, maka Tuhan bagi penganut Hindu ialah Tuhan mereka (Brahma atau apa-apa), maka sekiranya guru dan pelajar Islam mengaminkannya maka boleh membawa kepada syirik dan seterusnya murtad.

Banyak perkara sekarang ini dianggap kecil tetapi besar padahnya. Pernah seorang sami Hindu mengadu pada Mufti Perak mengapa acara Thaipusam begitu dibesar-besarkan hingga dijadikan tarikan pelancong. Menurut sami Hindu tadi Thaipusam dalam arti sebenar bukan begitu hanya sekadar bayar nazar dan cucuk sedikit lidah, bukannya menyiksa diri, Thaipusam yang ada tadi menurut sami tadi membawa riak. Mufti Perak juga menasihatkan agar orang Islam tidak melawat dan menyaksiakan Thaipusam kerana boleh juga membawa syirik dan murtad.