Tuesday, December 14, 2010

Pendedahan laman web WikiLeaks mengenai penglibatan Penasihat Parti Keadilan Rakyat

Pendedahan laman web WikiLeaks mengenai penglibatan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam aktiviti homoseksual bukan diperoleh daripada maklumat Kementerian Pertahanan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, justeru pihaknya enggan memperakukan sama ada maklumat yang diperoleh WikiLeaks tersebut adalah benar atau sebaliknya.
Namun katanya, kementerian sedang meneliti kesemua maklumat yang didedahkan oleh WikiLeaks berhubung negara ini bagi menentukan kesahihannya. .
Pendedahan itu dibuat WikiLeaks berdasarkan maklumat daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008, iaitu kira-kira lima bulan selepas Anwar didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Menurut WikiLeaks, dalam laporan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat itu, pegawai-pegawai perisikan Singapura memberitahu rakan sejawatan mereka dari Australia bahawa Anwar memang terlibat dalam aktiviti liwat sebagaimana pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.
Maklumat risikan itu dikukuhkan lagi apabila WikiLeaks juga mendedahkan bahawa Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, sendiri pernah memberitahu agensi Risikan Kebangsaan Australia (ONA) sewaktu mereka bertukar-tukar pandangan bahawa Anwar memang terlibat dalam aktiviti liwat.
Madugunung.
Malang nasib seorang pemimpin yg seketika dulu di sanjung bak pahlawan dengan kealiman dan sikap lemah lembut serta bercakap bak penegak keadilan,hari in mewakili seluruh umat melayu dituduh peliwat dan pegamal ajaran songsang.
Malu bila dunia mula bercakap tentang melayu...

Masalah pendatang atau kita yg buat masalah

Masalah pendatang asing yang ramai dan hidup bebas di kebanyakan tanah rancangan Felda adalah berpunca daripada kalangan peneroka sendiri yang mana sanggup menyediakan tempat tinggal di dalam kawasan ladang mereka. Tambahan lagi,
seolah-olah mendapat sokongan daripada Pengurus dan JKKR. Kalau Pengurus dan JKKR benar-benar memahami tugas serta tanggungjawab masing-masing, sudah tentu masalah pendatang haram ini dapat diatasi oleh pihak berwajib.
Kepada pengurus-pengurus rancangan seluruh Felda, sila rujuk kenyataan yang dibuat Pengurus Besar Wilayah Jengka pada bulan lalu dalam akhbar Sinar Harian ini.
petikan dari sinar...
pandangan madugunung.
Bagi saya memang benar kerana saya lihat di felda padang piol sendiri apabila saya kesana saya lihat terdapat ramai pendatang yg tinggal meyewa rumah dalam penempatan peneroka,yg paling meyakitkan ada seorang pendatang indonesia bernama mubin,telah menjadi tokey dan mengambil kontrak di felda tersebut.dan ada dikalangan rela memaklumkan kpd saya apabila mereka membuat pemeriksaan keatas endatang,pendatang mengatakan meraka dah bayar kepada polis..kalaulah benar perkara ini malang sungguh nasib kita.
Dipermain dan diperbodohkan oleh meraka2 pengkhianat negara,.

Monday, December 13, 2010

Pemimpin Atau Penipu

Hari ini kita sering kali melihat orang yang sering datang kemajlis-majlis resmi maupun majlis tak resmi akan disambut dengan penuh takzim.Tapi yang sering kali kita lihat meraka yg di sambut ini akan duduk dihadapan dan akan dijemput meyampai sepatah dua kata.Tapi malang sungguh.bermula dengan salam dan senyuman apa yg keluar dari mulutnya bukan boleh dipegang atau dipercayaai,bohong belaka,janji seperti tuhan boleh menunaikan apa sahaja,
Malang bagi kita jika kita terpedaya dengan ungkapan syaitan yg bertopengkan manusia ini,
Tapi yang peliknya kalau dia menjadi calon .dah pasti menang,
Yang peliknya semua orang gembira bila dia menang,pakat puji pakat memuja dan menjadi idola,sedangkan hakikatnya dialah kaki pompuan,kaki botol,kaki kencing duit orang....
Persoalannya sekarang apakah kita semua dah sesat...

Saturday, December 11, 2010

Apakah kita tahu tentang Muharram

Pandangan saya setelah membaca buku2 ,Muharram adalah bulan pertama dalam kalendar Islam, Hari ini mengandungi pelbagai hikmah dan kelebihan dalam Islam.Oleh itu amatlah wajar umat Islam menghayati kedatangan hari yang disifatkan sebagai antara hari mulia oleh Islam. Dalam Hadith di riwayatkan Abu Al-Laits As samarqandi bahawa ibnu Abbas berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud: sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura iaitu pada 10 muharram,maka Allah akan memberi ganjaran pahala kepadanya seumpama 10.000 Malaikat.
Awal Muharram ialah penetapan tahun hijrah bagi umat Islam bermula pada masa Khalifah Umar Al-khatab berkuasa iaitu pada tahun 13 hijrah hingga 23 hijrah bersamaan 634-644 M .

Paling afdal berpuasa selepas bulan ramadhan ialah berpuasa dalam bulan muharram. Paling afdal selepas sholat fardu ialah sholat qiamullail.
Allah telah menjadikan di dalam setahun dua belas bulan, empat daripadanya diharamkan berperang iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab.
Rasullullah bersabda yang bermaksud al-fajar (demi fajar) maksudnya ialah bulan Muharram iaitu fajar bagi tahun itu.
Puasa asyura adalah kifarah bagi setahun dan puasa di hari arafah ialah kifarah bagi dua tahun.
Siapa yang memberi kelapangan kepada ahli keluarganya pada hari asyura, nescaya allah meluaskan rezekinya pada seluruh tahun itu.
Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya dari ancaman tentera Firaun.
Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan rahmat.

Wednesday, December 8, 2010

KESELAMATAN MEGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

KESELAMATAN MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM


Islam agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. menganjurkan nilai-nilai murni dan luhur. Ia digambarkan melalui keperibadian Rasulullah yang memiliki akhlak yang mulia, bersifat sederhana dan suka melakukan kebaikan sesama makhluk. Ciri-ciri yang dimiliki oleh Rasulullah ini telah menyumbangkan keamanan dan memberi rahmat kepada alam sejagat seperti yang digambarkan dalam firman Allah S.W.T.yang bermaksud:

Tidaklah Aku utuskan engkau wahai Muhammad melainkan menjadi rahmat kepada seluruh alam.
(al-Anbia’ : 107)

Keamanan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dibuktikan apabila kita melihat masyarakat Arab Jahiliyyah yang sebelum ini hidup dalam bermusuhan tampil membina tamadun Insaniah yang sungguh mengkagumkan. Kehebatan dan kemasyhuran bangsa Arab ini kemudiannya tersebar di bawah panji Islam ke kawasan-kawasan lain di muka bumi ini. Ketika bumi Eropah masih hidup dalam zaman kegelapan bangsa Arab telah mencipta tamadun yang meliputi pelbagai bidang seperti astronomi, ilmu sains, perubatan, ekonomi dan sebagainya.
Rahsia di sebalik kejayaan ini adalah keamanan yang dibawa oleh Islam dan pejuangnya sehingga Islam menjadi satu agama yang dikagumi dan disegani.
Tercemar
Walau bagaimanapun kejayaan yang dibawa oleh Islam berdekat dahulu kelihatan agak tercemar. Ia dicemari oleh sikap umat Islam sendiri yang mengabaikan ciri-ciri keperibadian yang dibawa oleh Rasulullah. Keselamatan dan keamanan semakin sukar diwujudkan oleh sikap segelintir umat Islam masa kini. Tindak-tanduk kebanyakan mereka lebih menunjukkan kecenderungan untuk bermusuh-musuhan, tiada toleransi, tidak berlapang dada serta terburu-buru membuat keputusan.
Jika ada umat Islam yang menyeru ke arah perpaduan ia akan dituduh berkepentingan politik. Hasilnya apa sahaja langkah yang diwujudkan untuk perpaduan sering dipandang remeh dan persenda-sendakan. Dengan itu muncullah dewasa ini golongan yang kurang berhikmah dalam melaksanakan beberapa pendekatan untuk kepentingan umat Islam. Sebagai contoh, jihad bagi mereka adalah menghalalkan darah sesama umat Islam yang tidak sealiran dengan mereka. Sedangkan jihad menurut yang difahami oleh Islam mempunyai kepelbagaian sudut dan tujuan, mengikut suasana dan keperluan semasa.
.

Kenali Iblis Untuk Renungan

Dari Wahab bin Munabbah berkata ia : Allah Ta'ala telah menyuruh iblis mengunjungi Rasulullah s.a.w. dan hendaklah iblis itu menjawab segala pertanyaan yang diajukan Nabi kepadanya, maka sampailah iblis itu ke hadapan Rasulullah merupakan dirinya serupa orang tua dan memegang sebuah tongkat.


• Nabi Muhammad s.a.w : Siapakah engkau ini?

• Iblis : Saya ini iblis.

• Nabi Muhammad s.a.w : Mengapa engkau datang ke sini?

• Iblis : Sesungguhnya saya ini telah disuruh Allah mengunjungi tuan dan saya dimestikan menjawab segala pertanyaan tuan.

• Nabi Muhammad s.a.w : Hai iblis, berapakah musuhmu daripada umatku?

• Iblis : Ada lima belas macam musuhku

1. Engkau sendiri

2. Raja yang adil.

3. Orang kaya yang merendahkan diri.

4. Saudagar yang benar (jujur).

5. Orang alim yang benar (kusyuk) menjunjung perintah Allah.

6. Orang mukmin yang selalu menasihati orang.

7. Orang mukmin yang pemurah hati.

8. Orang yang bertaubat yang bersungguh-sungguh dan tetap dalam taubatnya.

9. Orang yang tidak suka pada barang yang haram.

10. Orang yang sentiasa berwuduk (bersih)

11. Orang mukmin yang banyak sedekahnya.

12. Orang mukmin yang baik budi pekertinya.

13. Orang mukmin yang menolong orang yang berhajat.

14. Pembawa Quran yang selalu membacanya.

15. Orang mukmin yang asyik beribadat di waktu malam hari sedang orang lain dalam tidur nyenyak.

• Nabi Muhammad s.a.w : Siapakah sahabat-sahabatmu?

• Iblis : Sahabat-sahabatku ialah 10 macamnya:

1. Sultan yang zalim

2. Orang kaya yang sombong.

3. Saudagar yang khianat.

4. Peminum arak dan tuak.

5. Orang yang selalu namimah (bergunjing).

6. Oarng yang mengerjakan zina.

7. Orang yang makan harta anak yatim.

8. Orang yang meringankan solat.

9. Orang yang menahan zakat.

10. Orang yang menganggap dirinya akan berumur panjang.

" Renungkan dan buatlah kesimpulan dari Hakikat ini."

Wednesday, December 1, 2010

Mengujudkan kepimpinan yang diredhai Allah

Mengujudkan kepimpinan yang diredhai Allah swt


Meujudkan kepimpinan dituntut oleh syara' , di antara ayat-ayatnya

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan menyeru kepada yang maaruf dan mencegah dari yang munkar mereka itulah orang-orang yang beruntung"
maksud ayat (A1-Imran 104).
Pemimpin Islam menegak yang maaruf dan mencegah yang mungkar


Perkara yang maaruf merangkumi semua perkara yang dituntut dan yang diharuskan oleh syara' meliputi soal-soal akidah, syariah, akhlak dan kemanusiaan seluruhnya zahir dan batin.

Perkara yang "mungkar" ialah semua perkara yang bertentangan dengan akidah, dengan syariah, akhlak dan kemanusiaan seluruhnya zahir dan batin.
Pemimpin Islam menegak yang maaruf dan mencegah yang mungkar


Pimpinan Islam mestilah digerakkan oleh iman dan amal saleh


perjuangan itu digerakkan oleh iman dan amal saleh oleh para pemimpinnya samada perjuangan itu dalam bentuk kebajikan, ekonomi, ilmu pengetahuan, politik, kemasyarakatan dan lain-lain Satu perjuangan yang diberi nama "perjuangan Islam" hanya dapat diakui bilamana. Pimpinan yang digerakkan oleh kepentingan diri, warna kulit, kedudukan, kemewahan dan seumpamanya bukanlah merupakan perjuangan Islam sekalipun diberi nama yang berbentuk keislaman.

Syarat-syarat menjadi seorang pemimpin


Samada seorang itu menjadi amir, mufti, kadi (hakim) dikenal da'i atau seorang yang pada hari itu sebagai mehteri, wakil rakyat, penghulu dan lain-lain lagi, ia haruslah tertakluk kepada syarat-syarat asas lainnya daripada syarat khas dan am yang berkaitan dengan tugas dan jawatan masingmasing boleh dikatakan syarat-syarat asas itu telah ijma' ulama' al-wmcrah nengenainya. Diantaranya ialah:

1. Muslim,'akil baligh dan laki-laki

2. Adil

Ertinya ia tidak fasik seumpama tidak meninggalkan salat beramal apa yang ia ketahui. Tidak menyalahi katanya akan perbuatannya. Tidak menyalahi akan kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w.

3. Berilmu

Ertinya ia mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan fardhu ai'n dan fardhu kifayah sehingga dapat membezakan diantara yang maaruf dan yang,munkar. Mengetahui perkara-perkara'yang berkaitan dengan pimpinan.

4. Mempunyai kudrat, kemampuan.

Ertinya boleh bertindak bagi menyelesaikan sesuatu urusan samada menggunakan tenaga; perkataan, tulisan atau flkiran di dalam apa suasana pun.

5. Beradab mengikut akhlak Islam,

Ertinya seseorang pemimpin haruslah mampu memberi cantoh tauladan mengikut akhlak Islam kepada diri dan orang di bawah pimpinannya. Selain itu di dalam dirinya mengandungi sifat ikhlas, jujur tidak angkuh, ria' dan sebagainya. Ringkasnya terkumpul di dalam dirinya sifat-sifat terpuji dan jauh dari sifat-sifat terkeji.

6-Sempurna pancaindera dan sihat tubuh badan

Kewajipan dan hak-hak pemimpin dalam neqara Islam


Al-Farra' Rahimahallah menyebutkan beberapa kewajipan dan hak hak pemimpin di antaranya:

1. Menjaga agama mengikut usul-usul yang telah disepakati ulama-ulama

2. Memutuskan hukum ke atas dua pihak yang bertelingkah

3. Menjaga kesejahteraan umat

4. Melaksanakan hudud bagi menjaga berlakunya perkara yang diharamkan Allah

5. Mengawal kampung negeri dari dicerobohi musuh

6. Melakukan jihad ke atas penentang Islam selepas diajak kepada Islam samada masuk Islam atau berlindung di bawah negara Islam.

7. Memungut cukai dan zakat seperti yang diwajibkan oleh syara'.

8. Membelanjakan harta baitulmal mengikut yang seperlunya tanpa membazir atau mengikat dan membayar pada waktu yang ditetapkan.

9. Menyerahkan tanggungjawab kepada orang-orang yang amanah dan ikhlas bagi melaksanakan tugas-tugas negara supaya segala kerja boleh dibuat dengan sempurna dan harta terpelihara.

10. Melibatkan dirinya melihat keadaan umat dan keperluan mereka.

wallahuaklam.... fikirkan lah jangan jadi peyokong yang beratur untuk diazab diakhirat kelak.