Wednesday, December 8, 2010

KESELAMATAN MEGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

KESELAMATAN MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM


Islam agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. menganjurkan nilai-nilai murni dan luhur. Ia digambarkan melalui keperibadian Rasulullah yang memiliki akhlak yang mulia, bersifat sederhana dan suka melakukan kebaikan sesama makhluk. Ciri-ciri yang dimiliki oleh Rasulullah ini telah menyumbangkan keamanan dan memberi rahmat kepada alam sejagat seperti yang digambarkan dalam firman Allah S.W.T.yang bermaksud:

Tidaklah Aku utuskan engkau wahai Muhammad melainkan menjadi rahmat kepada seluruh alam.
(al-Anbia’ : 107)

Keamanan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dibuktikan apabila kita melihat masyarakat Arab Jahiliyyah yang sebelum ini hidup dalam bermusuhan tampil membina tamadun Insaniah yang sungguh mengkagumkan. Kehebatan dan kemasyhuran bangsa Arab ini kemudiannya tersebar di bawah panji Islam ke kawasan-kawasan lain di muka bumi ini. Ketika bumi Eropah masih hidup dalam zaman kegelapan bangsa Arab telah mencipta tamadun yang meliputi pelbagai bidang seperti astronomi, ilmu sains, perubatan, ekonomi dan sebagainya.
Rahsia di sebalik kejayaan ini adalah keamanan yang dibawa oleh Islam dan pejuangnya sehingga Islam menjadi satu agama yang dikagumi dan disegani.
Tercemar
Walau bagaimanapun kejayaan yang dibawa oleh Islam berdekat dahulu kelihatan agak tercemar. Ia dicemari oleh sikap umat Islam sendiri yang mengabaikan ciri-ciri keperibadian yang dibawa oleh Rasulullah. Keselamatan dan keamanan semakin sukar diwujudkan oleh sikap segelintir umat Islam masa kini. Tindak-tanduk kebanyakan mereka lebih menunjukkan kecenderungan untuk bermusuh-musuhan, tiada toleransi, tidak berlapang dada serta terburu-buru membuat keputusan.
Jika ada umat Islam yang menyeru ke arah perpaduan ia akan dituduh berkepentingan politik. Hasilnya apa sahaja langkah yang diwujudkan untuk perpaduan sering dipandang remeh dan persenda-sendakan. Dengan itu muncullah dewasa ini golongan yang kurang berhikmah dalam melaksanakan beberapa pendekatan untuk kepentingan umat Islam. Sebagai contoh, jihad bagi mereka adalah menghalalkan darah sesama umat Islam yang tidak sealiran dengan mereka. Sedangkan jihad menurut yang difahami oleh Islam mempunyai kepelbagaian sudut dan tujuan, mengikut suasana dan keperluan semasa.
.

1 comment:

YANG GAMBI said...

Islam tidak selamat apabila ada dikalangan umat Islam sendiri yang mempergunakan Islam itu untuk mencapai cita-cita syaitan mereka...