Saturday, December 12, 2009

JANGAN TAKUT KIRANYA IA BENAR

KOTA BHARU, 7 Sept: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengarahkan ahli dan para penyokong PAS agar jangan lagi mendekati akhbar Sinar Harian
"Akhbar itu sudah menunjukkan sikap berpihak agak keterlaluan, maka saya dengan ini mengisytiharkan supaya setiap daripada kita mengelakkan daripada mendekatinya,” katanya pada satu program di sini.
Menurutnya, akhbar itu sengaja hendak menimbulkan suasana ketidaktentuan rakyat kepada kerajaan Kelantan sekarang.
Mengulas perkembangan itu, Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa berkata, menjadi satu kewajaran sekiranya pemimpin PAS tidak lagi mendekati akhbar tersebut memandangkan cara pemberitaannya sudah berat sebelah.
Ulasan Madugunung.
Saya selalu belajar,selalu baca tak pernah ada satu pun guru saya cakap janganBACA atau JANGAN IKUT>
yang ni satu benda pelik dan perlu difikirkan kenapa kita perlu dihalang.dari membacanya sekurang-kurangnya dapat kita jadikan sempadan.
Apakah yg ditulis oleh Sinar Harian itu betul terkena pada diri dato.dan apa yg dicakap terkena pada dato maka dato minta kami tidak membacanya agar semua itu berlalu begitu saja,
Kita baca untuk pegetahuan bukan untuk menghina sesiapa yang benar itu tetap benar biarpun ungkapan itu datang dari orang kafir.yang salah itu tetap salah walauun datang dari ulama.kerana semua adalah makhluk ciptaan ALLAH.