Tuesday, January 5, 2010

Kalimah Allah Untuk Islam

Haron Din Selar Pihak Sokong Guna Kalimah 'Allah'
BANGI: Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan The Herald Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.
"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.
"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.Copy dari peghuni gua.
Madugunung berpendapat;
1-Apabila umat Islam mula membuka pekung didada maka akan berlakulah kehancuran dan apabila benda yg hak atau telah termaktub dalam kitab suci Al-Quran bahawa tidak akan sama agama didunia ini dengan Islam dan Ingatlah bahawasanya Allah telah meredhoi Islam dan Islam lah yg sebenar membawa kebenar diatas bumi cipta Allah SWT ini.Sememangnya musuh Islam itu tidak pernah leka untuk menghancurkan Islam dalam apa cara sekalipun.Sedar tak sedar sedikit demi sedikit perubahan mula menusub masuk kedalam fahaman umat Islam dewasa ini yg akan megotori kesucian islam itu sendiri.
Seperti contoh.
a)Islam melarang kita menghampiri maksiat,bercampur antara lelaki dan wanita bukan muhrim,tapi pada hari ini dengan kecanggihan alat komunikasi ,media baru telah menarik kita untuk membuat pegawasan lebih teliti terhadap anak-anak remaja kita bimbang tersalah lihat maka ketika itu berjayalah kaum yahudi  pada hari ini memesongkan akhidah Islam yg sebenar.
b)Bersalaman antara lelaki dan wanita bukan muhrim kian menjadi -jadi pada hari ini apa dicampur dengan kegairahan sentuhan yg bermula dengan kelembutan tangan merentas kepada ciuman dan akhiernya membawa kepada penzinaan.
c)Dari sebutan kita pada lapaz salam juga pelik dan bercelaru apabila ada yg mengambil mudah dengan meyebut sammeikom atau meikom maka ketika itu berubah makna dari sejahtera kepada celaka .Ada juga mengambil mudah dalam sholat sebutan huruf dalam bacaan juga tidak pada ketetapan makhraz yg sebenar.
d)Apabila kalimah Allah disamakan dengan makna tuhan dalam agama kristien maka telah berubah seratus peratus.Dalam kristien Allah mempunyai anak.sedangkan dalam Islam Allah tidak mempunyai anak dan tidak diperanakkan.Maka kita sebagai Umat Islam wajib patuh dan taat dengan ajaran islam dan jangan jauhkan diri dari kitab suci Al-Quran.