Monday, June 15, 2009

masalah ummah di malaysia

Sering kita dengar dan kita baca di dalam akhbar maupun kita lihat di kaca tv.perkara yang sering dikaitkan dalam kehidupan harian kita.

1)Masalah Moral anak-anak remaja.
2)Masalah bersekedudukan
3)Masalah Zina.
4)Masalah penceraian dan lain-lain.

Masalah moral anak-anak remaja.
Perkara ini berlaku apabila sesuatu keramaian diadakan disuatu tempat yang membabitkan orang ramai dan disajikan dengan tari menari dan nyayian serta habis pada pertengahan malam hari.maka pada masa itulah berbagai ragam manusia (anak muda)bertindak luar dari batasan moral sebagai orang islam.
Anak -anak gadis yang datang dari kawasan Felda atau kampung yang jauh dari bandar mengunakan pengangkutan Bas .Biasanya apabila sesuatu keramaian tamat maka perkhidmatan bas untuk pulang pun tamat maka anak-anak ini akan mencari tempat untuk bermalam.apabila ada ajakan dan pelawaan dari kawan atau rakan untuk menumpang maka tampa berfikir panjang meraka akan setuju dan akur dengan apa yang bakal berlaku sehinggalah tergadai maruah diri,minum arak dan bertukar pasangan.
Masalah bersekedudukan.
Dalam minggu-minggu kebelakangan ini sering terdengar kisah bersekedudukan.jika diteliti halus-halus maka kita ketemu dengan jawapannya.mana tidak berlaku perkara tersebut mulanya menumpang rumah kawan tetapi apabila sudah tiada wang maka sanggup untuk berkongsi tempat tinggal kadang kala wanita berusia dan lelaki muda.kadangkala lelaki tua perempuan muda.bila ditanya mengapa perkara ini berlaku maka meraka menjawab saya kasihan dan saya termakan budi dan yang lainnya saya ingat itu tak salah.
Masalah Zina.
Zina kerap terjadi apabila anak remaja yang baru mula mengenal erti cinta maka untuk membuktikan cinta sejati kononnya maka meyerahkan mahkota diri.hasilnya lahir anak luar nikah dan pembunuhan pun berlaku mana taknya takut malu maka anak yang dilahirkan akan dibuang atau disimpan agar tidak diketahui ibubapa dan orang sekeliling.
Masalah penceraian.
Baru satu hari kahwin dah bercerai.bila ditanya kenapa meraka menjawab perempuan yang saya kahwini dah tiada dara.pada hal sebelum nikah meraka dah melakukan persetubuhan.bila dah jadi halal dan sah disisi agama meraka menjadi muak dan mengejar perkara maksiat.
Kesimpulan dari apa yang berlaku semuanya menyalahkan pihak kerajaan tidak megetatkan peguatkuasaan tidak itu dan ini.sebenarnya kita orang Islam dalam hidup kita mesti dan wajid ada asas agama dan berpegang teguh dengan ajaran agama serta hukum halal haram nya.dan renugilah potongan maksud ayat ini mudah mudahan kita tak jadi macam yang diceritakan.
Surah Al-Nisa ayat 148] Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


Surah Al-Nisa ayat [153] Ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. (Janganlah engkau merasa pelik), kerana sesungguhnya mereka telah meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu. Mereka berkata: (Wahai Musa) perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata (supaya kami dapat melihatNya dan percaya kepadaNya). Lalu mereka disambar oleh petir dengan sebab kezaliman mereka (menderhaka kepada Allah); kemudian mereka pula menyembah (patung) anak lembu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (mukjizat), lalu Kami maafkan mereka dari perbuatan yang sedemikian itu (ketika mereka bertaubat) dan Kami telah memberi kepada Nabi Musa kekuasaan yang nyata (untuk mengalahkan kaum yang kafir itu).

No comments: