Monday, April 20, 2009

PENEROKA YG TAK FAHAM ..DAN TAK TAU HALA TUJU FELDA


Kawan jadi heran, kumpulan ini menuntut keadilan dari FELDA, adakah mereka bersikap adil dengan FELDA ?KALAU sudah mereka sendiri tidak mahu terikat dengan FELDA, KALAU satu tandan pun buah sawit tidak dihantar ke kilang-kilang FELDA, KALAU sebatang pun pokok tua tidak ditebang, KALAU diri sendiri menganggap FELDA menipu, menindas dan macam-macam lagi tuduhan ? BOLEH dikatakan keseluruhan kumpulan ini juga tidak percaya pada kerajaan, lebih percaya kepada pembangkang, APAKAH tidak malu menuntut FELDA memberi keadilan kepada mereka ? Kata orang dulu-dulu, “ orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita sama-sama merasa “ pandai-pandailah mengenang budi, jangan apabila kita dah rasa senang sikit, kita lupa kepada yang berbudi............Kawan sebenarnya tidak faham pemikiran makhluk-makhluk ini, sentiasa tidak pernah puas hati, sentiasa prasanga buruk kepada orang lain, nampak macam alim-alim belaka, pakai kopiah dikepala tak pernah lekang, sikap macam orang jahil................ maaflah kalau kawan terkasar, tapi itu pendapat ikhlas kawan, renung-renunglah..........

No comments: