Wednesday, April 22, 2009

Apa Kata Mukriz itu Benar



Hukum wakil rakyat letak jawatan


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dicadang mengenakan hukuman terhadap wakil rakyat yang meletak jawatan sesuka hati tanpa alasan yang kukuh.


Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, perbuatan meletak jawatan di kalangan Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri dengan sewenang-wenangnya, kini seolah-olah menjadi trend bagi memastikan parti sentiasa mendapat perhatian.
Perbuatan itu katanya, merugikan rakyat dan negara kerana pilihan raya kecil memerlukan perbelanjaan besar setiap kali diadakan, selain mewujudkan suasana tidak selesa dalam kalangan penyokong parti-parti yang bertanding.


Kita ingat dulu di Permatang Pauh, (Presiden Parti Keadilan Rakyat), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dengan begitu mudah walaupun sihat menyerahkan jawatan kepada suaminya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan berlakunya pilihan raya kecil di situ.Apa (hukuman) yang dianggap wajar, terpulanglah kepada SPR, kata Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada pemberita selepas merasmikan satu bengkel usahawan wanita .
Betullah apa yang dikata.jangan kerana nak menjadi pemimpin kita sanggup mengadai kepercayan orang ramai yang megundi kita,memusnahkan harapan pegundi kita yang mahu pembelaan di hapuskan begitu saja .pahamlah amanah orang yang megundi kita bukan suka kat kita sangat tapi bila kita selalu memberi harapan kepada meraka maka meraka memilih kita tapi apa akan terjadi sekiranya kita mengkhianati meraka.nasib meraka tidak terbela malah menghabiskan duit rakyat.
Ingatlah Tuhan mengamanahkan kepada kita yang dipilih menjadi pemimpin bukan untuk mengajak orang bersama kita masuk neraka .dengan sifat penipu bertopengkan (Iman ) kita boleh menipu orang tapi kita tak boleh tipu Tuhan... tak kira UMNO atau PAS semua akan dihisab diakhirat nanti. ......... ( tunggulah...)
Jadilah seperti Nabi meyampaikan apa yang diwahyukan kepadanya tampa mengubah walau satu ayat pun.Allah maha adil ....

No comments: