Friday, May 22, 2009

DUN PENANTI PILIHAN RAKYAT

Pengarah Pilihanraya PKR, Saifuddin Nasution akan mengarahkan ahli - ahli PKR supaya menukar tektik dan kaedah dalam pilihanraya kecil DUN Penanti kepada kaedah menerang dan memujuk kepada pengundi - pengundi kawasan tersebut.Kata beliau, selama ini setiap pilihanraya PKR mengunakan strategi mencari kesalahan BN dan UMNO dan menghentam kerajaan walaupun kerajaan itu telah menjalankan tugas kepada rakyat dengan baik.
Katanya lagi pendekatan ini diambil kerana BN telah memutuskan tidak bertanding di DUN Penanti dan kesempatan inilah PKR akan cuba sedaya upaya akan menyerap masuk dan memberi penerangan dan penjelasan kepada rakyat halatuju parti PKR.
Dalam masa yang sama kita tidak perlu bekerjasa keras untuk menetang calon bebas kerana PKR tahu kelemahan calon tersebut.
Calon Bebas merupakan bekas ahli PKR yang tidak sehaluan dengan perjuangan PKR.
MADUGUNUNG BERPENDAPAT
- Pengundi di DUN Penanti harus berhati - hati dalam permainan PKR walaupun BN tidak meletakkan calon didalam Pilihanraya kecil nanti. Keputusan PKR mengubah cara berkempen perlu dinilai semula oleh setiap rakyat DUN Penanti. Penerangan untuk memburukkan kerajaan akan memburukkan lagi keadaan politik di Pulau Pinang. Kaedah memujuk untuk meraih sokongan kepada PKR pun perlu tolak oleh rakyat DUN Penanti. UMNO dan BN yakin pengundi DUNpenanti telah matang dalam memilih calon yang sesuai. Ketidakhadiran calon BN dalam PRK Dun Penanti bukan halangan untuk rakyat membuat pilihan. Rakyat perlu sedar dari kesilapan yang telah berlaku.
Orang Melayu Pulau pinang perlu bersatu kembali kepada UMNO sekiranya sayangkan kepada orang Melayu.Sudah pasti PRK Dun Penanti akan memperlihatkan PKR cuba menjadi jaguh dan sedaya upaya akan memburukkan keadaan. Ia diibaratkan sebagai " TIKUS MENYAYI- APABILA KUCING TIADA TARING " . PKR akan meracuni fikiran pengundi DUN Penanti. Ahli - ahlinya akan keluar ke segenap pelusuk akan mencanangkan kebaikan PKR dan memberi gambaran yang paling buruk kepada kerajaan dan BN.
Terserah kepada pengundi DUN Penanti. Bagi mengelak terjerat dalam kancah politik buruk PKR, rakyat DUN Penanti boleh membuat pilhan yang tepat. Samada memilih Parti Bebas ataupun tidak keluar mengundi. Langkah yang lebih baik adalah tidak keluar mengundi sebagai tanda protes kepada PKR yang cuba memperkosa SPR. Protes adalah jalan yang terbaik.
PKR adalah sebuah parti yang paling jahat dalam sejarah politik Malaysia kerana mempergunakan Pilihanraya kecil untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka. Rakyat telah matang dan mampu berfikiran dengan waras.
Kerajaan tidak akan melayan kerenah PKR untuk menentukan untung nasib mereka. Bagi kerajaan adalah lebih baik tidak meletakkan calon dari membazirkan wang rakyat. Banyak perkara yang boleh dibuat dari wang tersebut untuk rakyat. Hal - hal pembangunan dan kebajikan perlu diutamakan kepada rakyat. BN dan UMNO meletakkan kepercayaan dan mandat rakyat sebagai tugas utama untuk diselesaikan.
Kerajaan yakin setiap keputusan yang dibuat adalah untuk kebaikkan rakyat.

No comments: