Wednesday, November 28, 2012

peranan kepimpinan yang sebenar

Peranan kepimpinan tertinggi parti juga dimanifestasikan dengan mengambil pendekatan serupa dalam isu keganasan etnik dan agama di negeri Rakhine, Barat Myanmar dengan menekankan soal kemanusiaan dan memberi bantuan kepada mangsa keganasan tanpa mengira latar belakang dan agama mereka.
Begitu juga dalam usaha menyokong rakyat Palestin yang mana UMNO dan barisan kepimpinannya sentiasa konsisten sehinggakan baru-baru ini ulama terkemuka dunia Dr Yusuf Al-Qaradawi juga telah memberi pengiktirafan dan pujian kepada Malaysia. Ini semua terhasil atas komitmen jitu negara dalam membantu dan menyokong rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis di bumi Gaza.

Kepimpinan dan kejayaan UMNO turut diiktiraf oleh kuasa besar China sehinggakan terjalin memorandum persefahaman (MoU) di Beijing, antara Parti Komunis China dan UMNO dengan perkongsian idea serta saling mempelajari dalam pelbagai aspek merangkumi politik, ekonomi, pendidikan hinggalah kepada kebudayaan.
Bukan itu saja, kepimpinan China turut mengakui bahawa mereka amat kagum terhadap cara UMNO menangani masalah perkauman dan ingin mempelajarinya dalam usaha mengatasi masalah-masalah berkaitan etnik yang wujud.
Atas kesedaran UMNO dalam melakukan transformasi dengan idea merealisasikan Forum Antarabangsa menjelangnya Perhimpunan Agung UMNO sebagaimana dua tahun yang lalu, maka sewajarnya seluruh rakyat Malaysia meresapi aspirasinya dengan mengakui keterbukaan UMNO dalam pelbagai aspek.

No comments: