Wednesday, November 28, 2012

mahasiswa berani

Mahasiswa hari ini dlihat lebih berani apabila secara terbuka membuka baju mereka dengan menunjukkan sokongan terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata perkembangan tersebut menunjukkan golongan muda semakin dekat untuk bersama-sama dengan UMNO dan BN yang membawa erti dan makna yang cukup besar.
Menurut beliau jika pada pilihan raya umum 2008 yang lalu, memang tidak dinafikan golongan tersebut tidak memihak kepada BN, namun hari ini dengan adanya kumpulan profesional muda, ulama muda dan sebagainya lagi menunjukkan segala-galanya telah berubah.
“Pada 2008, kita tidak boleh nafikan generasi muda tidak memihak kepada kita. Di bandar….di luar bandar, warung kopi dan sebagainya jauh meninggalkan UMNO dan BN.
“Dan hari ini kita telah buktikan bukan hanya pengundi muda sudah mula kembali kepada BN dengan melihat keputusan pilihan raya-pilihan raya kecil, malah segmen penting kepada kita mahasiswa yang berpendidikan tinggi, terpelajar, berfikiran kritis, mereka sudah berani buka baju menyatakan sokongan mereka kepada UMNO dan BN.
“Kali ini kita tunjuk sokongan manifestasi golongan muda bersama kita. Mahasiswa dengan kelab penyokongnya, orang muda profesional dengan BN Youth Volunteers. Ini menujukkan tidak hanya terhad kepada mahasiswa dan tidak hanya terhad kepada profesional muda malah ulama muda pun bersama UMNO,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pelancaran Kelab Penyokong BN IPTA berkata pindaan terhadap Akta Universiti, di Dewan Tun Razak 1, PWTC, di sini, hari ini.

No comments: