Thursday, April 29, 2010

(Gerabak Wanita)KTM meyusuri konsep Islam

Gerabak Wanita,
Saya Sebagai Umat Islam di Malaysia amat terharu dan terkedu seketika apakah yg saya dengar ini benar atau mainan politik semata-mata,tetapi rupanya benar apa yg dikata.dulu semasa saya ke Pakistan saya lihat kaum wanita pakistan menaiki bas duduk dibahagian hadapan dan lelaki di belakang,
Pada masa itu saya merasa pakistanlah saja negara yg meletak martabat wanita itu tinggi,tapi disegi lain negara kita Malaysia lah yg terbaik,kerana berbagai institusi untuk Islam berkembang pesat disini,namun pada hari ini 29-04-2010 satu lagi kesungguhan pimpinan negara membuat tajdid atau perubahan jadi saya mewakili seluruh sahabat dan umat islam di pahang khususnya meyatakan sedemikian.

Kami umat Islam di Pahang mengucapkan tahniah kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kerana memperkenalkan gerabak khas untuk penumpang wanita KTM Komuter.


Ini adalah satu penghormatan kepada kaum wanita Islam dan keunikan buat sistem pengangkutan awam di negara Islam (Malaysia) di bawah pimpinan Dato seri Najib Tun Abd Razak.

Kami umat Islam amat menyokong langkah ini kerana ia mampu memberikan keselesaan kepada penumpang wanita yang selama ini terpaksa berhimpit-himpit dengan penumpang lelaki khususnya ketika waktu puncak.ini dapat mengurangkan masalah gangguan seksual kepada penumpang wanita dan Langkah ini menepati syariat Islam yang meletakkan wanita di tempat paling istimewa dan perlu dilindungi serta di beri layanan dengan sebaik mungkin.Kemudahan KTM ini walaupun baru namun ia diyakini akan mendapat sambutan meluas berikutan jumlah penumpang komuter setiap hari yang ramai,kami mencadangkan agar selepas ini diwujudkan juga gerabak khas untuk yang bekeluarga dan juga warga emas termasuk golongan OKU bagi memudahkan mereka mendapat perkhidmatan yang lebih baik. inisiatif ini juga bakal diambil oleh pengusaha pengangkutan awam yang lain agar masalah-masalah penindasan atau pencabulan wanita di tempat awam dapat dikurangkan di samping meningkatkan imej perkhidmatan awam di mata dunia dan masyarakat di bawah pimpinan kerajaan BN.

No comments: