Tuesday, July 7, 2009

REMAJA SERINGKALI MEREMEHKAN KEWAJIPAN

Sambungan......... tentang remaja kita.
1. MEREMEHKAN KEWAJIPAN

Golongan remaja yang meremehkan kewajipan-kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. adalah mereka yang alpa dan tidak sedar bahawa tujuan Allah S.W.T. mencipta manusia ialah semata-mata untuk beribadat kepada-Nya. Kealpaan ini telah menyebabkan mereka gagal melaksanakan segala tuntutan dan kewajipan dirinya sebagai hamba Allah S.W.T, dan kewajipan terhadap hak dirinya serta terhadap masyarakat sekeliling.

Kewajipan yang paling ketara dilupakan atau diremehkan oleh kebanyakan remaja Islam adalah solat fardhu lima waktu yang merupakan ibadat paling agung setelah syahadatain. Bahkan terdapat juga kalangan mereka yang tidak mendirikan solat itu memberikan alasan tidak tahu mengerjakan solat . Jika ditinjau dari sudut syariat , sepatutnya mereka telah dididik dan dibimbing oleh ibu bapa mereka bagaimana cara mendirikan solat sejak umur tujuh tahun lagi selaras dengan hadis Nabi S.A.W.:

“Perintahkanlah anak-anak kamu supaya mendirikan solat ketika umurnya tujuh tahun dan pukullah dia apabila mencapai usia sepuluh tahun ( jika dia enggan melakukannya )” .

Apabila seseorang itu telah mengabaikan kewajipan solat maka kita akan dapati ia juga akan mengabaikan tanggungjawabnya yang lain dan akhlak dalam kehidupan sehariannya juga menggambarkan akhlak yang mazmumah . Ini adalah kerana solat merupakan benteng kepada seseorang itu daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar . Ia berdasarkan firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar…”
Surah Al-Ankabut : 45
Kita juga dapat melihat remaja Islam sering mengabaikan kewajipan dalam hal menuntut ilmu . Oleh sebab inginkan keseronokan dalam kehidupan , mereka tidak menghiraukan masa depannya sendiri . Ilmu yang sepatutnya ditimba dan dicari sebanyak mungkin dalam masa usia muda dibiarkan walaupun peluang untuk menimba ilmu sebanyak-banyaknya amat luas . Justeru itu , kita dapati timbul masalah-masalah disiplin di sekolah seperti ponteng kelas atau sekolah , tidak membuat kerjarumah yang diarahkan oleh guru jauh sekali membuat kajian sendiri atau ulangkaji

1 comment:

Anonymous said...

Kita jangan cop remaja dengan pandangan negatif. Kita perlu tarbiyahkan setakat yang kita mampu. Tapi kalau kita sendiri tak dekati mereka macam man kita nak suruh mereka buat benda - benda yang baik. Ingat tu... remaja perlu diberi perhatian.