Friday, July 3, 2009

Pergaduhan Adik Beradik

Kampung itu mempunyai lebih 40 buah rumah yang dihuni kira-kira 300 penduduk terdiri daripada masyarakat Melayu.Ketua Kampung Teluk Yan, Mat Rotin Mat Hussin, 70, berkata DAP tidak sepatutnya mempolitikkan isu itu dengan hanya mengambil kira nasib segelintir peniaga yang menerima kesan daripada perobohan rumah penyembelihan itu, sebaliknya perlu juga memberi perhatian terhadap nasib penduduk kampung yang berdepan bau busuk sejak lebih 40 tahun lalu.
"Isu ini bukan baru dan sudah lama berlarutan dengan banyak siri bantahan dibuat, tetapi adakah DAP simpati dengan nasib kami yang terpaksa menghidu bau busuk sejak lebih 40 tahun. "Sebelum ini pusat menyembelih lembu dan kerbau turut beroperasi di kawasan itu, tetapi sudah lama dipindahkan. Namun rumah penyembelihan babi masih kekal. "Inikah keadilan yang diperjuangkan DAP," katanya yang juga imam masjid kampung itu. Ismail Osman, 61, berkata, mereka bukan saja menghadapi masalah pencemaran bau, tetapi apabila hujan lebat air mengandungi sisa babi turut masuk ke dalam rumah.
Baguslah kalau telah dirobohkan tapi yang saya rasa tak sedapnya bila pertelingkahan dengan orang kafir tentang babi .PAS kata pergaduhan adik beradik .Bila berlaku perselisihan dengan sebagsa dan seagama meraka kata Musuh dan tak boleh bertolak ansur.malah bila UMNO ajak bersatu meraka tak mahu malah menuduh UMNO berniat jahat.Tapi bila dengan DAP yang total menentang penubuhan negara islam dan menolak syiar Islam meraka kata perselisihan adik beradik.
Saya tak paham langsung pendirian PAS .kalau dilihat menifesto pada pilihanraya membangun bersama islam,tapi berpakat dengan bukan islam (kafir harbi)kumpulan yang menentang islam.

No comments: