Wednesday, November 28, 2012

Serba Salah

Hari ini kita lihat umat Islam mula bercakaran antara satu sama lain,satu kumpulan mengatakan dia lebih islam dari kumpulan yang satu lagi ,bila kita lihat keduanya sholat,zakat haji dan sama alimnya cuma dari segi fahaman berlainan.nak sokong berkopiah dua dua berkopiah nak sokong yg berserban tegur pun tak jawab.padahal kedua dua islam...pandai berhujjah dengan hukum tuhan ..kita jahil..

Bila Kata Di Kota.

Ramai yang tidak menyangka apa yang bakal berlaku bila meraka berjanji,pada hal semua janji itu perlu diteliti kerana ,ramai yg boleh memberi janji tapi untuk megota janji itu tidak ramai,janji nak berkahwin dengan sipolan bila memancing kasih dan sanggup berhabis duit tapi bila dah dapat apa yang diidamkan maka ketika itu baru takut bini marah takut terputus hubungan dengan anak dan lain2.
Tapi janji yang senang ditepati tak lain tak bukan bila diajak makan atau berjalan2 ,itu jeee

Bahana Salah Pilih.

Apabila kita diberi peluang untuk memilih biarlah kita membuat pilihan mengunakan akal yang waras,jangan sampai kita tersalah pilih hasil luaran yang kita lihat ,tapi apa yang sebaliknya akan menjadikan kita hidup tidak tenteram dan sentiasa diburu kesesalan akibat salah pilih,
Ramai yang tidak menyangka hanya dengan menanda pangkah  satu kali kita terkhilap dari masyarakat dan dibuang sahabat..fikirkanlah

Begitulah adanya pembangkang bila mentadbir negeri

“Mana janji pendidikan tadika percuma? Mana janji mencarum Takaful untuk warga emas dan si kurang upaya? Mana elaun ibu tunggal, sampai dah kena saman? Mana elaun khas surirumah?

Mana janji bekalan air percuma setiap bulan tanpa syarat?
“ Itu Selangor, belum lagi kita perhalusi apa yang jadi di Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang”, ujarnya.Di Kelantan pula kata beliau harapan Program Ladang Rakyat, bagi membantu golongan miskin dengan pemberian dividen dan gaji untuk peserta, punah berkecai tak kesampaian.
Katanya lagi ia bukan sahaja gagal, malah amalkan kronisme pula.
“Bertempik terlolong mereka jaja kononnya kita amalkan kronisme, namun bagaikan musang berbulu ayam, dalam diambakiprojek dipajak kepada syarikat kroni pilihan Kerajaan Pas sendiri, tanpa penilaian terperinci.
“Mereka bising projek Lynas dan Pengerang kerana kesannya kepada alam sekitar. Ini lah apabila gajah depan mata tak nampak, kuman seberang lautan mereka nampak. Kawasan tadahan air di Bukit Pos Pasik, tercemar akibat pembalakan melampau dan pembukaan ladang rakyat.
“Orang asli juga terpaksa berdepan dengan penyakit apabila air tadahan kotor berlumpur. Ini belum lagi kita cakap tentang bekalan air kotor yang terus menyeksa rakyat Kelantan”, katanya.
Manakala di Pulau Pinang jelas beliau sandiwara pembangkang yang kononnya menjaga rakyat, terkulai rebah dalam kes tanah Taman Manggis, tanah yang sepatutnya dibina rumah kos rendah sebaliknya dijual kepada syarikat swasta.
“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pemuda BN Pulau Pinang kerana telah mendedahkan penipuan Ketua Menteri dengan menyahut cabaran menyediakan wang untuk beli tanah tersebut. Tapi sehingga hari Lim Guan Eng diam membisu tak berani sahut cabaran, takut pecah tembelang”, ujarnya.

mahasiswa berani

Mahasiswa hari ini dlihat lebih berani apabila secara terbuka membuka baju mereka dengan menunjukkan sokongan terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata perkembangan tersebut menunjukkan golongan muda semakin dekat untuk bersama-sama dengan UMNO dan BN yang membawa erti dan makna yang cukup besar.
Menurut beliau jika pada pilihan raya umum 2008 yang lalu, memang tidak dinafikan golongan tersebut tidak memihak kepada BN, namun hari ini dengan adanya kumpulan profesional muda, ulama muda dan sebagainya lagi menunjukkan segala-galanya telah berubah.
“Pada 2008, kita tidak boleh nafikan generasi muda tidak memihak kepada kita. Di bandar….di luar bandar, warung kopi dan sebagainya jauh meninggalkan UMNO dan BN.
“Dan hari ini kita telah buktikan bukan hanya pengundi muda sudah mula kembali kepada BN dengan melihat keputusan pilihan raya-pilihan raya kecil, malah segmen penting kepada kita mahasiswa yang berpendidikan tinggi, terpelajar, berfikiran kritis, mereka sudah berani buka baju menyatakan sokongan mereka kepada UMNO dan BN.
“Kali ini kita tunjuk sokongan manifestasi golongan muda bersama kita. Mahasiswa dengan kelab penyokongnya, orang muda profesional dengan BN Youth Volunteers. Ini menujukkan tidak hanya terhad kepada mahasiswa dan tidak hanya terhad kepada profesional muda malah ulama muda pun bersama UMNO,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pelancaran Kelab Penyokong BN IPTA berkata pindaan terhadap Akta Universiti, di Dewan Tun Razak 1, PWTC, di sini, hari ini.

KENYATAAN TUNKU ABDUL AZIZ DAP

Tunku Abdul Aziz yang berpengalaman luas dan tahu luar dalam DAP dalam kenyataannya itu juga menyatakan bahawa Anwar hanyalah sekadar “Perdana Menteri boneka” selepas mempergunakan bekas partinya itu untuk merebut jawatan yang dia idamkan selama ini.

Lebih berani, “orang lama” DAP itu turut mengesahkan bahawa DAP sebenarnya didominasi oleh kaum Cina yang ekstrim!
Malah menurutnya, kewujudan Karpal Singh sebagai Pengerusi parti itu hanyalah “wayang” di mana mereka hanya membiarkan saja ketua mereka itu dibelasah keseorangan sekiranya terdapat mana-mana kesilapan kenyataan dari golongan pemimpin Cina DAP.
Saya tidak dapat tidak perlu menerima kenyataan Tunku Abdul Aziz mengenai hubungan DAP dan PKR ini memandangkan dia adalah antara bekas pemimpin tertinggi DAP yang paling lama berada di dalam parti tersebut.
Dalam ertikata lain, sudah tentu dia kenal benar dengan segala kelemahan dan kekuatan DAP, tahu segala gerak kerja serta agenda sulit parti itu.
Dalam kenyataannya itu, saya menyimpulkan bahawa Anwar mempergunakan DAP untuk menjadi Perdana Menteri, manakala DAP pula akan membonekakan Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haram menawan Putrajaya.
Matlamat Anwar ialah untuk menjadi Perdana Menteri dan dia tahu dia tidak boleh mendapatkan kuasa secara berseorangan. Dia sedar PKR tidak kuat pun berbanding DAP yang mendapat sokongan kaum Cina sejak tahun 2008.

peranan kepimpinan yang sebenar

Peranan kepimpinan tertinggi parti juga dimanifestasikan dengan mengambil pendekatan serupa dalam isu keganasan etnik dan agama di negeri Rakhine, Barat Myanmar dengan menekankan soal kemanusiaan dan memberi bantuan kepada mangsa keganasan tanpa mengira latar belakang dan agama mereka.
Begitu juga dalam usaha menyokong rakyat Palestin yang mana UMNO dan barisan kepimpinannya sentiasa konsisten sehinggakan baru-baru ini ulama terkemuka dunia Dr Yusuf Al-Qaradawi juga telah memberi pengiktirafan dan pujian kepada Malaysia. Ini semua terhasil atas komitmen jitu negara dalam membantu dan menyokong rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis di bumi Gaza.

Kepimpinan dan kejayaan UMNO turut diiktiraf oleh kuasa besar China sehinggakan terjalin memorandum persefahaman (MoU) di Beijing, antara Parti Komunis China dan UMNO dengan perkongsian idea serta saling mempelajari dalam pelbagai aspek merangkumi politik, ekonomi, pendidikan hinggalah kepada kebudayaan.
Bukan itu saja, kepimpinan China turut mengakui bahawa mereka amat kagum terhadap cara UMNO menangani masalah perkauman dan ingin mempelajarinya dalam usaha mengatasi masalah-masalah berkaitan etnik yang wujud.
Atas kesedaran UMNO dalam melakukan transformasi dengan idea merealisasikan Forum Antarabangsa menjelangnya Perhimpunan Agung UMNO sebagaimana dua tahun yang lalu, maka sewajarnya seluruh rakyat Malaysia meresapi aspirasinya dengan mengakui keterbukaan UMNO dalam pelbagai aspek.

UMNO Terus Teguh Melangkah

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau lebih sinonim dengan nama UMNO bukan hanya sebuah pertubuhan politik yang berjaya mencapai impian dalam mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara tetapi sehingga hari ini lakaran kecemerlangannya bersama Barisan Nasional (BN) dikagumi di persada antarabangsa

ANTARA DUA MASA DEPAN KHAIRI

Hamzah Fansuri pernah bergurindam, kepada orang muda ditinggalkan pesan: “Wahai muda kenali diri mu Ia lah perahu tamsil tubuh mu Tiada lah berapa lama hidup mu Ke akhirat jua kekal diam mu Hai muda arif budiman Hasilkan kemudi dengan pedoman Alat perahu mu jua kerjakan Itu lah jalan membetuli insan” Marilah kita bersama-sama [...]

Doa Yg sepatutnya

KUALA LUMPUR 28 Nov – Walapun Pas mendoakan kemusnahan dan kehancuran


terhadap UMNO, namun parti itu dalam perhimpunan agungnya tidak sama sekali

bertindak balas malah turut mendoakan kebaikan kepada musuh politiknya itu.

Pada majlis Perasmian Wanita, Pemuda dan Puteri di Dewan Merdeka di sini,

Selasa malam, doa yang dibacakan oleh Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO,

Ustaz Afandi Mohd langsung tidak mendoakan kemusnahan Pas.

Sebaliknya mendoakan agar dibukakan pintu hati mereka untuk kembali ke

jalan Allah dan kembali kepada kebenaran serta menggerakkan hati

Perhimpunan

KUALA LUMPUR - Semangat ditunjukkan perwakilan yang datang Perhimpunan


Agung Umno Ke-66 nyata berbeza kerana mereka berpendapat, perhimpunan kali

ini cukup bermakna sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13)

Ketua Wanita Umno Bahagian Pokok Sena, Datuk Salmah Mat Isa berkata, beliau

tidak sabar mendengar amanat daripada Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak

berhubung pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Kita tahu perhimpunan ini terakhir sebelum PRU13, sehubungan itu

sperwakilan perlu mengambil berat apa dikatakan Presiden nanti.

Monday, June 25, 2012

Melayu atau Malaysia

Hari ini ramai dikalangan penduduk malaysia tidak mengetahui apa itu malaya,atau dari mana datangnya kepulauan ini,sebenarnya apabila sesebuah negara itu mengiginkan kedamaian dan keharmonian maka akan berlaku satu revolusi yang menenggelamkan satu sudut yang menjadi keagongan bangsa itu sendiri,
Pada permulaannya kepulauan ini dinamakan sebagai kepulauan melayu yang luas merangkumi Indonesia ,singapura ,dan kepulauan-kepulauan bersebelahan filipina.
Tanah melayu ini (malaysia)ditukarkan kepada melaysia kerana ingin mendapatkan kemakmuran dan menghindar dari dijajah oleh bangsa asing pada ketika itu.Maka dalam perjanjian dengan British untuk mendapat hak kemerdekaan atau lebih jelas terlepas dari gangguan British maka orang-orang melayu telah mengorbankan tanah melayu agar ditukar kepada malaysia agar bangsa asing seperti Cina India dapat hidup mencari makan di bumi malaysia ini dan meraka diberi taraf sebagai penduduk tanah melayu.

Thursday, March 29, 2012

MIMBAR PRU KE 13 KIAN TERBUKA

Mimbar PRU ke 13( coretan buat semua)
Mimbar PRU ke13 sudah terbuka maka ramailah yang tidak segan silu menunjukan taringnya,berjalan keserata pelusok kampung menjaja kebaikan dan keramah mesraan meraka,segala janji mabis mula ditabur sehingga kita sendiri terasa diri kita amat disayangi meraka,Kadang kala hidup bagai Raja segala kemahuan kita dituruti walaupun pada hakikatnya sukar diberi namun senyuman yang dilemparkan bagai tidak mahu berpisah sama sekali,Orang Asli mula terasa ngeri bila diri dipeluk erat bagai bagai pasangan serasi .linangan air mata mengalir meyesali diri memikirkan nasib yang dah lama disisih bangsa ,kaum,keturunan dengan kesusahan  hidup meyendiri kini datang kumpulan menabur bakti merayu memohon diberi undi hanya sekali pada pilihanraya ini,
Diminta air botol sekota dihantar selori kononnya ini adalah subsidi bagi meraih simpati,Bukan untuk disri sendiri tapi demi berbakti untuk anak negeri.
Hakikatnya.
1_Menabur janji yang belum pasti
2_Memberi harapan yang amat tinggi,
3_Belum pernah menang walau sekali
4_Bercerita bagai pahlawan yang tersohor diserata negeri.
5_Berpakaian mengalahkan orang Asli dengan kelusuhan dan menyayat hati demi memikat hati pegundi,bercakap bak Nabi tiada salah pernah dilalui sehingga takut bercakap yang realiti....

Thursday, February 9, 2012

BERKAT SELAWAT

BERKAT SELAWAT

UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.

“Au zubillah himinashsyaitan nirrajim … bismillahirrahmannirrahim”

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Dalam satu cerita yang lain mengenai perkara selawat juga, bahawa seorang wanita telah bermimpikan anaknya yang baru mati. Dilihatnya anaknya sedang disiksa dengan amat berat sekali.

maka wanita itu sangat sedih ketika meningatkan mimpi yang dilihatnya, dan dia terus menangis dan menangis memohon ALLAH agar diampunkan dosa anaknya itu.

Sekali peristiwa sedang dia berada di kuburan anaknya itu, tiba-tiba datang seorang lelaki yang compang-camping keadaannya. Dia berdiri dihadapan kubur-kubur itu, lalu berselawat keatas Nabi saw, sebanyak-banyaknya kemudian dia menghadiahkan pahalanya kepada sekalian ahli kubur di situ, dan dia pun pergi.

Pada malamnya, wanita itu bermimpi lagi akan anaknya, dan kali ini mimpinya agak berlainan sedikit. Iaitu dilihatnya anaknya sedang dalam cahaya dan bahagia mengecap segala kenikmatan ALLAH. Maka wanita itu bertanya kepada anaknya tentang perubahan nasib yang diterimanya sekarang, apa sebabnya?

Lalu anak itu memberitahu bahawa semua itu ialah kerana berkat selawat orang salih yang baru datang ke kuburan itu, yang telah berselawat ke atas Nabi saw, lalu dihadiahkan pahala selawatnya itu kepada sekalian ahli kubur, dan nasibnya dari pahala itulah telah mendapat segala kebahagian yang di kecapi sekarang ini.

Moral: Marilah kita perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah agar mendapat syafaatnya di dunia dan di akhirat, Insyaallah.

Maulidurrasul satu kewajipan

Sambutan Maulidur Rasul. Ulama' sepakat harus kita menyambutnya melainkan ada unsur-unsur yang menjadikan ia sambutan yang haram. Seperti hari-hari lain, kita perlu sentiasa diingatkan dengan sesuatu peristiwa agar menjadi tauladan sepanjang zaman. Sebab itu, wujudnya sejarah, arkib untuk kita kembali mengingati peristiwa yang besar dan bersejarah, dan yang paling utama Maulidur Rasul, ia merupakan hari yang paling kita kenangi, ingati dan sanjung setiap tahun. Ia bukan hari ulangtahun raja, ulangtahun perkahwinan, ulangtahun jubli mana-mana organisasi, tetapi hari memperingati lahirnya manusia agung, kekasih Allah, manusia yang memberi syafaat, manusia yang dikasihi para nabi dan rasul sebelumnya. Cumanya, jangan hanya meniti dibibir, berarak keliling jalan, berzanji ditengah kepanasan, diberi anugerah tetapi hanya satu kepenatan berbuat demikian sekiranya tanpa diteruskan dengan amalan yang dituntut oleh Nabi Muhamad SAW.
Maulidur Rasul adalah satu tanda kita menyintai Rasul SAW. Bukan sekadar semasa hari lahir baginda, bahkan sepanjang hari, setiap detik dan saat kita sentiasa mengingati jerih baginda dan sentiasa menanam dalam jiwa menyintai baginda. Firman Allah yang bermaksud : "Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah iaiti nabi-nabi, para siddiqin, syuhada' dan orang-orang yang soleh. Dan mereka itu teman yang sebaik-baiknya". (An Nisa' ayat 69). Baginda bukan untuk dipuja, untuk disembah tetapi sebagai panduan, murabbi sepanjang masa. Hikmahnya, Allah mewafatkan baginda bagi membuktikan bahawa Nabi Muhamad SAW juga rasul, juga pesanan Abu Bakar kepada sahabat baginda agar tidak mendewakan Rasul SAW kerana ditakuti mereka akan sesat.
Baginda adalah pemimpin bagi orang yang taat, benar, ikhlas dalam memperjuangkan dakwah dan Agama Islam. Hanya mereka yang mengasihi Rasul SAW sedar akan kekurangan diri seterusnya sentiasa menjaga tingkahlaku agar tidak mengguris perasaan Rasul SAW. Manusia perlu menganjak perubahan minda agar lebih efektif dan dinamik, pembentukan syaksiah seiring dengan ilmu yang dipelajari agar tidak menjadi 'korban' atau musibah dari ilmu yang dipelajari.
Mencintai Rasul SAW menjadi satu kewajipan dalam konteks ketaatan, menjadi inspirasi dalam konteks dakwah, sebagai silibus dalam prinsip kehidupan sama ada suka ataupun tidak. Umar Al Khatab pernah ditanya oleh Rasul SAW terhadap siapa yang paling engkau cintai, maka Umar lah. tidak menyebut Rasul SAW, lalu Rasul SAW menegur dengan sabdanya :"Tidak beriman seseorang sehingga dia mencintai aku lebih daripada dirinya sendiri". Lalu Umar menukar pengakuan dengan mengatakan beliau mencintai Baginda melebihi diri sendiri dan sanak saudara. Penghayatan nilai-nilai nabawi inilah yang berjaya membawa watak yang setia, jujur dan beriman dikalangan sahabat baginda. Dengan ini, kita dapat membina seorang insan yang berjiwa kental, beramanah, berbudaya ilmu, berfikiran dinamik, berdaya saing, berperikemanusiaan dan sentiasa menanam semangat roh jihad yang menjadi asas kekuatan Tamadun Islam berkurun lamanya pada masa yang lampau. Semua ini adalah pengajaran yang didapati dari sirah perjuangan dan keperibadian Nabi Muhamad SAW.
Maulidur Rasul, hari yang penuh berakah ini disebut oleh Ibn Kathir dalam kitabnya bahawa "Malam kelahiran Nabi Agung ini adalah satu malam yang penuh berkat, penuh kemuliaan, keagungan, alam yang diterangi cahaya yang indah serta seluruh makhluk bergembira pada saat tersebut. Inilah malam yang tidak ternilai harganya bagi pengikut setia Nabi Muhamad SAW. Sesungguhnya Allah dan para malaikat sentiasa berselawat ke atas Rasul SAW melalui firman Allah yang bermaksud :"Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi Muhamad SAW dan berilah salam dengan kesungguhan yang nyata". (Al Ahzab ayat 56). Ini merupakan sanjungan Allah terhadap Muhamad SAW dihadapan para malaikat.
Akhirnya, marilah kita sama-sama memohon kepada Allah agar mengukuh landasan yang dibina dan ditinggalkan oleh baginda SAW tidak diseleweng dan dicantas serta dihalang oleh mereka yang takut pada perjuangan Islam. Menjadikan kita sebagai pengikut setia yang sentiasa memahami apa yang diperintah dan menjauhi segala larangan baginda dan menghimpunkan kita daripada umatnya di akhirat agar baginda mengaku diri kita adalah sebahagian dari umatnya dan kita minta dijauhkan menjadi mereka yang tidak digolongkan dari umat Muhamad SAW. Nauzubillah min zalik. Perayaan Maulidur Rasul ini adalah tanda kasih sayang kita kepada Baginda SAW dan rasa rendah diri dan terima kasih atas nikmat Islam yang kita rasai sekarang. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW yang memberi penyuluh dan syafaat kita di dunia dan akhirat. InsyaAllah