Tuesday, December 27, 2011

Perkahwinan Sejenis Amat dilarang Dlm Islam

Islam melarang keras perkahwinan sejenis berdasarkan ayat 80 surah al-Araf: “Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: `Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? Kemudianya, Allah menyambungnya dalam ayat ke-81: “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.Seharusnya peguam yang mendakwa pejuang kebebasan itu meneliti dengan mendalam pengkisahan yang berlaku pada zaman Nabi Luth a.s. sebelum membuat kesimpulan berdasarkan perspektif yang terkeluar daripada al-Qur’an yang dianggapnya bukan sebagai kitab hukum.
Berdasarkan kepada kutukan itulah Islam tetap mengharamkan perkahwinan sejenis, maka pandangan seorang peguam yang bersalutkan fahaman kebebasan melampau itu adalah tidak tepat apabila menganggap homoseksual adalah sesuatu yang lumrah dalam kehidupan. Islam tidak memandangnya sebagai lumrah, kerana ia adalah suatu cirri zina dan menghina prinsip kemanusiaan itu sendiri.
Homoseksual sebenarnya disumbangkan oleh persekitaran kekeluargaan, di mana seseorang itu pernah mengalami trauma dikasri oleh anggota keluarga sendiri akhirnya menyebabkan rasa benci kepada kelainan jantina. Predominan dalam pemilihan identiti itu juga berlaku dalam persekitaran perhubungan kekeluargaan yang renggang.
Tabiat pergaulan dan persekitaran menjadi faktor terbesar menyumbang kepada kecelaruan identity di mana salah seorang anggota keluarga tidak menunjukkan kasih sayang dan sikap ibu bapa yang merasakan penjelasan mengenai seks adalah sesuatu yang taboo untuk diketahui oleh anak-anak.Melalui pengamatan psikologi, homoseksual berlaku melalui pengalaman seperti kompleksiti hidup dan bukannya bawaan sejak lahir.
Secara jelasnya, faktor pergaulanlah yang amat besar mempengaruhi perilaku seksual dalam kalangan mereka yang kehilangan jatidiri dan kecelaruan psikologi, maka itulah telah menyumbang kepada kurang keyakinan diri terhadap keupayaan seks.
Ketidakupayaan seks itulah akhirnya mengawal otak dan membawa kepada tindak balas erotik yang pasif. Inilah sebenarnya merupakan kelemahan dan kompleksiti rendah diri kalangan mereka yang hidup dalam kecelaruan jantina dan aktiviti homoseksual secara berterusan.
Maka, kerana homoseksual itu berada di tahap kerosakan proses regenerasi, pembudayaan moral, kehidupan bermasyarakat dan agama, maka sebarang percubaan untuk mendesak pindaan peraturan yang menghalang perkahwinan sejenis mendapat kecaman meluas, masyarakat Malaysia masih boleh memikirkan secara jelas dan matang, budaya sedemikian adalah satu strategi untuk melunturkan keyakinan beragama dan merosakkan negara.
Tindakan polis mengharamkan perhimpunan tersebut amat wajar manakala desakan meluas masyarakat dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan untuk dikenakan tindakan tegas kepada penganjur atau pendokongnya bukanlah sesuatu yang bertentangan dengan prinsip kebebasan individu. Mereka sebenarnya ingin memugarkan hakikat kebebasan individu agar kehidupannya lebih beradab dan bermoral.

Valentine’s Day dan Aqidah umat Islam

Valentine’s Day dan Aqidah umat Islam

Sebenarnya bukan sekadar apa yang tersirat di sebalik amalan dan kepercayaan berkenaan Sambutan Hari Valentine ini sahaja amat keji dan perlu dihindari. Tetapi acara-acara jelek dan tidak boleh diterima oleh budaya manusia bertamadun, menjadikan ianya perlu ditolak dan dipadamkan dari takwim perayaan manusia madani dan memiliki pegangan aqidah yang suci.
Lihatlah bagaimana saban tahun kebelakangan ini, media-media mendedahkan pelbagai acara dianjurkan bagi mengamatkan Sambutan Hari Valentine, khususnya kepada kalangan muda mudi. Ianya dicatur berpaksikan kepada menzahirkan perasaan kasih dan sayang kepada pasangan masing-masing. Amat jijik dan jelek sekiranya difikirkan dengan akal pemikiran yang waras. Bagaimanakah seorang kekasih boleh menyerahkan dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya tanpa ada sebarang ikatan demi membuktikan perjanjian cinta?
Akan tetapi, apa yang amat mendukacitakan, acara tidak bertamadun dan tidak bermata dalam menilai kehormatan sesama insan itu tetap mendapat sambutan. Ia sukar dibendung. Jauh sekali untuk dibersihkan sepenuhnya. Kesedaran pemikiran yang waras tercabut dengan hayalan dan dongengan dek janji indahnya kasih sayang tanpa ada suluhan kebenaran yang hak.
Berdasarkan kepada apa yang telah terjadi, sebenarnya Hari yang bertemakan kepada menyanjungi dan mengagungi kasih sayang di kalangan para kekasih menjadi hari permulaan bermulanya bencana dan kehancuran. Sememangnya pada Valentine's Day akan muncul si Romeo dan si Juliet yang mampu mengungkapkan bait-bait puisi seindah puisi William Shakespeare. Tidak kurang pula juga mereka yang sehebat si Laila dan si Majnun dalam bergelumang memperjuangkan kesetiaan cinta dengan bibir mengalunkan kata-kata puitis seindah puisi Jamaludin Rumi. Itu semua hanya seketika dek karamnya mereka di dalam bahtera gelojak nafsu tanpa nakhoda keimanan. Keindahan detik ‘syurga’ ciptaan penuh tipu daya hanya wujud pada hari itu sahaja. Ia akan ghaib entah ke mana setelah berakhirnya Valentine’s Day.
Penderitaan, kekecewaan dan penyesalan akan menyelusuri. Ia akan menggantikan nikmat yang tidak seberapa. Si Romeo yang menjanjikan seribu kesetiaan menjadi halimunan bersama janjinya. Si Majnun yang menaburkan selangit pengorbanan demi kasih, cinta dan setia bisu dan ghaib entah kemana. Ia sudah terlambat untuk diatasi. Nasi sudah menjadi bubur. Cempedak sudah menjadi nangka. Kekesalan sudah tiada gunanya.
Islam sebagai agama fitrah dan sempurna, sentiasa menganjurkan kasih sayang sesama kekasih. Ini dapat dilihat melalui apa yang diungkapkan di dalam Kitab Al-Quran dan dijelmakan oleh Rasulullah s.a.w. bongkarlah khazanah yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w itu bagi mencarinya.
Menzahirkan kasih sayang kepada kekasih perlulah ada batasan selaras dengan fitrah manusia. Kasih sayang diantara dua jantina berbeza tidak boleh hanya dengan janji manis di bibir. Tetapi ia perlu diikat dengan satu ikatan akad yang mampu menyimpul ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi. Ikatan itu dinamakan sebagai perkahwinan.
Ia bukan bertujuan menyusahkan hubungan sesama manusia. Akan tetapi, ia hanya bermatlamatkan menjadikan masyarakat yang stabil, aman dan harmoni. Keindahan dalam menzahirkan kasih sayang itulah yang dianjurkan oleh Islam dan perlulah disemai dan dibajai setiap hari tanpa perlu menunggu detik satu hari dalam setahun.
Bagi menyelamatkan agamadan ummah dari terus musnah akibat impak amalan-amalan bertentangan dengan aqidah dan syariah sempena Valentine’s Day ini perlulah disemaikan dalam setiap minda kita mewar-warkan larangan Sambutan Valentine’s Day dari terus diraikan oleh umat Islam khususnya di Negara kita.

Membendung Gejala Pembuangan Bayi

Membendung Gejala Pembuangan Bayi.
Masalah gejala sosial yang tidak pernah menunjukkan tanda-tanda pengurangan kini berubah kepada keadaan yang amat membimbangkan khususnya kes pembuangan bayi. Trend pembuangan bayi di Malaysia seperti menjadi sumpahan apabila tabiat kejam dan tidak berperikemanusiaan ini semakin popular di kalangan remaja.
Malah bagi tempoh empat bulan pertama tahun 2010, sejumlah 24 kes pembuangan bayi dilaporkan. Ini menyamai trend membunuh tiga nyawa tidak berdosa bagi setiap dua minggu atau dengan kata lain, wujud 3 pembunuh atau pembuang senyap dalam setiap minggu.
Persoalannya, apakah punca utama masalah ini dan adakah tidak ada jalan penyelesaian bagi mengatasinya? adakah peruntukan undang-undang berkaitan masih tidak mencukupi dan penguatkuasaannya masih longgar sehingga menyebabkan ‘pembuang senyap’ ini amat berani beraksi tanpa mengambil kira keadaan sekeliling? Atau adakah institusi kekeluargaan kini telah sampai kepada tahap kritikal sehingga keadaan anak perempuan mereka yang hamil ini langsung tidak disedari oleh ibu bapa dan penjaga?

Selain usaha menerapkan nilai-nilai agama dalam masyarakat khususnya di dalam institusi keluarga, tindakan penguatkuasaan terhadap jenayah buang bayi juga amat perlu ditingkatkan memandangkan gejala ini dilihat semakin menjadi-jadi. Bagi tindakan penguatkuasaan syariah pula, ia lebih kepada pencegahan kerana peruntukan kesalahan buang bayi atau menyembunyikan kelahiran tidak diperuntukkan di bawah Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah. Namun tindakan pencegahan inilah menjadi suatu perkara yang amat penting kerana ia melibatkan penguatkuasaan terhadap kesalahan khalwat, perbuatan tidak sopan di tempat awam, hamil luar nikah, persetubuhan luar nikah dan lain-lain kesalahan berkaitan.
Namun masyarakat sering kali mempersoal tindakan penguatkuasaan syariah yang dilakukan oleh pegawai penguatkuasa agama (PPA) ini. Segala macam tohmahan dilempar kepada PPA yang kononnya hanya ingin “menjaga tepi kain orang”. Apabila kes berjaya disabitkan dan hukuman dijatuhkan, timbul pula tohmahan bahawa hukuman yang dijatuhkan adalah bersifat menghina, kolot, menghalang kebebasan individu dan menjatuhkan maruah wanita khasnya bagi hukuman sebat syariah.
Falsafah hukuman jenayah dalam Islam dan matlamat hukuman dalam Enakmen Jenayah Syariah ialah untuk pencegahan, pembalasan terhadap perbuatan salah, ganti rugi dan pemulihan. Aspek pencegahan adalah untuk mencegah manusia daripada melakukan kejahatan. Pencegahan akan berhasil apabila timbul rasa takut di kalangan masyarakat terhadap hukuman yang dikenakan. Pencegahan seperti ini terdapat pada semua hukuman yang ditetapkan oleh Undang-Undang Islam. Ini kerana keseluruhan hukuman ini mengandungi unsur-unsur yang membuatkan masyarakat takut untuk menghadapinya.[1]
Manakala aspek pembalasan pula dinyatakan dengan tegas oleh Allah s.w.t di dalam Surah al-Maidah ayat 38:
"السارق والسارقة فاقطعوا أيديهما جزاء بما كسبا نكالا من الله"
Maksudnya: Pencuri lelaki dan pencuri perempuan, maka potonglah tangan kedua-duanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka telah lakukan.[2]
Hukuman yang berbentuk ganti rugi pula adalah hukuman yang yang dikenali sebagai hukuman diyat. Secara jelasnya ia terdapat dalam kes-kes pencerobohan yang dilakukan terhadap kepentingan orang lain. Ada juga hukuman yang diperuntukkan bertujuan sebagai pemulihan bagi pesalah-pesalah jenayah syariah. Pelaksanaan hukuman terhadap pesalah diharap dapat mengembalikan pesalah berkenaan ke jalan kebenaran dan menjauhkannya dari kemaksiatan. Firman Allah s.w.t dalam Surah az-Zukhruf ayat 48:
"وأخذناهم بالعذاب لعلهم يرجعون"
Maksudnya: Dan kami timpakan ke atas mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar.[3]
Dalam Akta/Enakmen/Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah negeri-negeri telah terdapat peruntukan yang bertujuan untuk membanteras kegiatan jenayah ini pada peringkat awal lagi. Contohnya peruntukan bagi kesalahan khalwat. Jika diteliti secara mendalam, khalwat merupakan faktor utama yang membawa kepada perzinaan[4]yang akhirnya membawa kepada gejala hamil luar nikah dan buang bayi. Maka di sinilah peranan penguatkuasaan syariah yang harus ‘menjaga tepi kain orang’ bagi membendung gejala sosial daripada terus berleluasa. Ini Kerana tindakan ‘menjaga tepi kain orang’ ini tidak menjadi suatu kesalahan dalam usaha membasmi gejala sosial, bahkan sikap seperti ini adalah sangat dituntut oleh Islam. Ibu bapa atau penjaga juga perlu memainkan peranan mereka dalam mendidik anak-anak dengan didikan agama bermula dari peringkat awal lagi kerana fitrah manusia khususnya remaja yang cepat terpengaruh oleh anasir luar yang merosakkan.





Cerita Hassan Ali

Hari ini hari Sabtu. Selalunya saya tidak menulis hal politik. Tapi selepas tamat siri Mikawa-bushi, saya tidak terfikir untuk menulis tentang apa lagi. Ada sesuatu yang menarik bermain dalam fikiran saya sehari dua ini. Elok juga jika kita sorotinya.


Sudah ramai blogger menulis tentang fenomena Hasan Ali. Hasan Ali sudah menjadi dilema kepada PAS. Tokoh seperti Hasan Ali begitu mudah mendapat sokongan grass root. Mungkin beberapa elitis PAS yang sekarang ini sedang ghairah berevolusi untuk menjadi liberal dalam PAs tidak menyenanginya. Namun beberapa puak dalam PAS yang merasakan PAS sudah tersasar jauh dari perjuangan asal mereka sangat bersetuju dengan Hasan Ali. Saya yakin puak ini datangnya dari grassroot.

Sementara itu pula, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi pula menghadapi situasi yang hampir sama dalam UMNO. Hasan Ali dimusuhi oleh partinya kerana mengajak PAS kembali ke pangkal jalan. Saifudin pula bermasalah dengan partinya kerana menganjurkan 'politik baru', yang mana mungkin kurang difahami oleh grassroot UMNO.

Banyak perkara boleh saya komen tentang kedua-dua tokoh itu. Namun di sini saya ingin komen bagaimana UMNO dan PAS menangani kedua tokoh yang wayward dari aspirasi parti secara keseluruhannya.

Nik Aziz menegur Hasan Ali kerana memberi ruang untuk media musuh, iaitu TV3 menemuramahnya. Saya pelik kerana antara tuntutan BERSIH 2.0 adalah hak mendapat coverage dari media perdana. TV3 sudah memulakan dengan memberi peluang kepda Hasan Ali. Mursyidul Am mengeluarkan komen supaya lain kali Hasan Ali perlu 'snub enemy media'. Apa sudah jadi?

Sementara itu, Saifudin pula selalu menulis artikelnya dalam Malaysiam Insider. Malah dalam twitternya beliau pernah merungut Utusan Malaysia tidak menyiarkan artikelnya. Tapi tidak ada seorang pun pemimpin UMNO menegur Saifudin supaya 'snub enemy media'. Mungkin ada beberapa budak-budak blogger yang nakal membuat provokasi tetapi bukan datangnya dari PM atau TPM.

PAS sudah mengeluarkan 'gag order'nya dalam menangani masalah Hasan Ali. Namun PAS tidak berupaya membuat Hasan Ali menutup mulutnya. Sementara UMNO tidak mengeluarkan sebarang 'gag order' minta Saifudin tidak bercakap walaupun kadang-kadang Saifudin tidak mengikuti aspirasi partinya.

Saifudin juga selalu ditemuramah oleh Malaysiakini. Pemimpin UMNO tidak ada masalah dengannya.

Inilah kisah dua tokoh politik yang menjadi 'binatang jalang dari kumpulannya yang terbuang'; meminjam ungkapan Chairil Anwar dalam sajak 'Aku'.

Politik Malaysia semakin menjadi lucu. Mari kita hiburkan hari kita dengan lagu Louis Armstrong dalam lagu yang diparodykan ini, untuk mengatasi kelucuan politik Malaysia.

Thursday, December 15, 2011

Cintakan dunia

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;


"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".



H.R. Abu Daud



Keterangan



Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.



Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan 'ttakut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah s.w.t. Manakala “takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah s.w.t.



Kita berdoa agar Allah s.w.t. menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat. Insyallah.

Jangan berbuat zalim

i) Perbuatan zalim adalah perbuatan yang mendatangkan kesusahan atau kemudaratan kepada orang lain atau mungkin dalam bentuk mengambil manfaat dari orang lain dengan cara yang salah ataupun melakukan sesuatu terhadap orang lain yang menimbulkan rasa sakit kerana perlakuan tersebut memberi keseronokan atau kepuasan kepada yang melakukannya. Pemerasan, pemaksaan dan penipuan demi keuntungan peribadi juga termasuk dalam perbuatan yang zalim.


ii) Perbuatan zalim lazimnya dilakukan oleh orang yang mempunyai kelebihan dan kekuatan berbanding dengan orang yang dizalimi. Ini kerana, fenomena kezaliman tidak akan berlaku sekiranya orang yang hendak dizalimi mempunyai kelebihan atau kekuatan yang sama. Kelebihan atau kekuatan ini boleh diukur dari pelbagai aspek, seperti kekuatan fizikal, kekayaan, kebijaksanaan, kuasa ataupun pengaruh.

iii) Realiti masyarakat hari ini mengamalkan gaya hidup individualistik sehingga sanggup membiarkan penganiayaan dan kezaliman berlaku di hadapan mata mereka sendiri. Sikap ‘tidak mengambil endah’ ini tidak wajar berlaku kerana selaku anggota sesebuah masyarakat setiap individu mestilah bersikap saling mengambil berat, sayang-menyayangi dan belas-kasihan di antara satu sama lain.

iv) Doa orang yang dizalimi terhadap orang yang menzaliminya sangat mudah dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Oleh itu perbuatan zalim sebenarnya merupakan perbuatan yang sangat merugikan kepada si pelakunya. Allah S.W.T boleh memberi hukuman ke atas si pelaku tersebut ketika di dunia lagi seperti nasib yang menimpa Firaun. Malah di akhirat kelak orang-orang yang berlaku zalim akan menerima nasib yang sangat malang kerana kebaikan yang dimilikinya akan berpindah kepada orang-orang dizaliminya. Sekiranya dia tidak mempunyai kebaikan, maka keburukan orang-orang yang teraniaya akan terlempar kepadanya dan akan ditanggung olehnya.

Berbohong dan kesan berbohong

1. Berbohong ialah menyampaikan sesuatu yang tidak sesuai dengan keadaan sebenarnya.


2. Gejala pembohongan adalah amat keji dan sangat dibenci apalagi yang dibohongi itu adalah orang ramai, maka sudah tentu bahaya dan dosanya lebih berat. Oleh itu Islam menganggap perbuatan berbohong atau berdusta adalah satu perbuatan munafiq.

3. Selaku pemimpin adalah tidak wajar untuk membohongi pegundi(rakyat) dengan alasan untuk memujuk mereka atau menahan mereka daripada sesuatu kemarahan. Hal ini kerana ia akan menghilangkan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan  menjadikan segala penjelasan yang diberikan tidak berkesan.

Islam Mementingkan Kasih Sayang

1. Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim


2. Belaian dan layanan yang mesra akan melahirkan suasana yang mesra, harmoni dan tenang dalam kehidupan. Oleh itu Islam amat menekankan tentang pentingnya nilai kasih sayang dalam sistem kekeluargaan dan juga kehidupan bermasyarakat

3. Antara tumpuan (bentuk) kasih sayang itu adalah:

i. Ucapan dan kata-kata yang menggunakan perkataan yang manis dan bersopan.

ii. Melalui sentuhan yang lemah lembut.

iii. Melalui pujukan, pujian, penghargaan dan senyuman

4. Apabila ditinjau tentang kehidupan masyarakat hari ini ternyata punca perpecahan yang berlaku ialah kerana kurangnya semangat kasih sayang dalam pergaulan mereka. Akibatnya mudahlah musuh Islam menyebarkan pelbagai hasutan dan propaganda agar umat Islam terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri yang akhirnya membawa kepada kejatuhan umat.

Wednesday, June 29, 2011

APA ADA PADA BERSIH

Apa ada pada bersih.apakah kita akan aman selepas itu..itu yg kita perlu fikirkan..
Tadi saya teringin nak tahu apa sebenarnya yang bakal berlaku pada 9 jul tersebut,8 tuntutan yg hendak dibuat oleh bersih itu bila kita selidiki nampaknya membuang masa kita saja,yang paling saya tidak berminat apabila pegerusi BERSIH bernama AMBIGA SREENEVASAN,
Setahu saya beragama HINDU. malah dia juga anti ISLAM,Peyokong MURTAD kerja jahat beliau telah menjadi peguam bela kes LINA JOY wanita Islam yang MURTAD.
MENAWARKAN khidmat Guaman percuma kepada umat Islam yg hendak Murtad sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah persekutuan..
Demi Islam orang ini merupakan musuh kita wahai umat Islam .mengapa kita menjadi perlu ikut cakap AMBIGA....

Friday, June 17, 2011

Inai mengikut pandangan islam

Hukum memakai inai pada asalnya adalah harus.


Namun jika pewarna/inai yang digunakan adalah

daripada pewarna yang bersifat kekal dan tidak

pasti bahan kandungan yang digunakan sama ada

halal ataupun tidak, ia adalah dilarang kerana ia

sama seperti tatoo.

Walau bagaimanapun, jika lambang atau lukisan

yang diperbuat daripada inai tersebut

melambangkan ciri-ciri atau tanda-tanda sesuatu

yang dilarang di dalam Islam seperti lambang

yang berbentuk salib, lambang bagi sesuatu ajaran

sesat, lambang bagi sesuatu kumpulan jahat,

lambang berbentuk haiwan atau sebagainya ia

turut dilarang sekalipun menggunakan inai atau

pewarna yang tidak bersifat kekal.

Di samping itu, memakai inai atau seumpama

dengannya bukanlah salah satu daripada budaya

Islam. Lebih-lebih lagi yang memakai inai ala

tatoo, ia adalah pengaruh/budaya hindu dan barat

yang kedua-duanya adalah dilarang di dalam

Islam. Hal ini dapat dilihat melalui hadis

Rasulullah SAW yang menyatakan dengan

di dalam hadis di bawah ini, maksudnya:

“Bukan dari kalangan kita sesiapa yang meniru

selain kita”.

(Hadis Sahih Riwayat al-Tirmizi).

Sabda baginda lagi:

“Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia di

kalangan mereka”.

(Hadis Sahih Riwayat Abu Daud).

Selain itu, berikut dinyatakan kaedah pemakaian

inai bagi lelaki dan perempuan:

1. Bagi kaum wanita;

- harus memakainya dengan niat sebagai

perhiasan diri.

- had pemakaiannya hanya sehingga ke

pergelangan tangan sahaja. Jika lebih ia dikira

sudah keterlaluan dan ia adalah dilarang.

2. Bagi kaum lelaki;

- ia adalah dilarang jika untuk perhiasan.

- diharuskan memakainya untuk perubatan (cagu).

Manakala hukum mewarnakan rambut selain

daripada warna hitam adalah harus sekiranya ia

dilakukan bukan bertujuan untuk menggayakan

sesuatu fesyen. Selain itu juga, bahan yang

digunakan untuk mewarnakan rambut tersebut

telah dikenal pasti adalah suci dan halal.

Wednesday, May 4, 2011

kenapa mesti berubah

Hari ini kita di malukan oleh orang kafir,dengan mudah meraka mengatakan orang islam itu pengganas,pada hakikatnya merakalah pengganas,islam tidak pernah meyuruh pengikutnya berbuat jahat pada orang lain,tetapi meminta supaya mencari kebenaran dan menegakkan yang benar dan menegah benda yang tidak benar .

Tuesday, May 3, 2011

TRANFORMASI BELIA MASA KINI

Belia masa kini perlu di tranformasikan bagi mengubah hala tuju kehidupan meraka demi masa depan negara yg tercinta,mana tidaknya meraka sebenarnya bukan tidak sedar negara memerlukan meraka dalam meneruskan keamanan negara ,tetapi belia ini merasa serba salah bila apa yang pihak kerajaan laungkan tidak kesampaian,seperti pinjaman perumahan mudah dengan kelulusan 100% tetapi belia yang macam mana yg dimaksudkan itu.Malah pinjaman bank untuk belia berniaga juga keliru,mana tak nya bila nak buat pinjaman pihak bank akan melihat kepada perniagaan yang nak dibuat jika perniagaan tersebut SDn Bhd.macam macam prasyarat dah tu bila minta pinjaman tekun.lagilah kena bayar setiap minggu,kalu menternak lembu nak bayar macam mana bukan lembu beranak tiap minggu,sama macam pinjaman untuk membuat perniagaan ikan sangkar.mana ada benih ikan yang boleh dijual dalam masa 1 minggu atau satu bulan,Jadi semuanya tak kesampaian.

Hari ini bila kita lihat kenapa kaum cina kat negara kita boleh maju dalam perniagaan meraka.

1-Meraka saling membantu .orang cina akan membeli dengan rakan meraka,
2-Meraka akan membantu dalam segi modal pusingan awal.
3-Pembekal memberi hutang dan waktu bayar balik dengan jarak masa yang tidak membebankan.

Macam mana dengan bangsa kita melayu ,bila tengok rakan melayu berniaga

1-Bila Nak lingkup.
2-Kedai melayu jual mahal
3-Melayu berkira kedekut.
4-Kaum cina tak masuk kedai(tak beli kat kedai orang melayu)

Thursday, April 21, 2011

Hidup Masa Kini dan akan datang

Zaman kian berubah ,pemikiran kian berubah anak anak sudah tidak lagi bermain dengan rakan sebaya sebaliknya bermain dengan kecanggihan dunia,setiap orang akan mengadap komputer riba dan bergelak ketawa sendirian,bercakap sendirian,tampa berhias pakaian atau mandi atau bersiap rapi,hilang sudah kesopanan bahasa tutur kata diringkas sehingga hilang abjad yg ada.Bila keluar rumah apa yg meraka lihat hanyalah kedai kedai komputer atau telipon bimbit yang terbaru.
Hari ini bila kita bercakap tentang rakan ,dengan megah meraka menjawab rakan meraka beratus orang dan berbagai bangsa.
Bercakap tentang kuasa meraka kan menjawab sapa saja yang menjadi pemimpin meraka tetap akan berada pada tempat yang sama.tapi sedarkah meraka dimana meraka berada sekarang..yang pasti seluruh dunia dlm cengkaman jari meraka.
Siapa meraka dan siapa yg akan membela meraka sekiranya bumi meraka diserahkan kepada orang lain..

Wednesday, March 30, 2011

Nak tuduh sapa.

Ni satu Kisah yg makan diri ..semalam teman aku sibuk bercerita puak-puak kerajaan makan rasuah. aku pelik la..aku mendekati dia dan bertanya ..siapa makan rasuah ?Katanya Orang kerajaan ,Dah tu saya pun kerja kerajaan tapi tak makan rasuah  ,,awak lain laa,
Kisahnya orang yang makan rasuah tu memang kerja dengan kerajaan .tapi dia bukan sokong kerajaan dan parti politiknya juga pembangkang,jadi yang nak disalahkan kerajaan tu sebab apa.patutnya pembangkang la tak tau didik kata aku.yang patut di beri pujian kerajaan la,sebab tak mengira pembangkang atau siapa saja memberi peluang yang sama mencari pekerjaan dan kewangan untuk sara hidup keluarga..kerajaan tak salah kan.
yang salah tetap salah walaupun dia kerajaan atau pembangkang..

Tuesday, February 1, 2011

Rebahnya pejuang.

Era Dunia kehidupan mencabar kini makin banyak Blogers muncul mencorak perjalanan politik negara sehingga ada yang terlupa batasan sebagai seorang penulis.ada yang terlebih megampu sehingga tersasar kejalan kehancuran.Ada yang berhati2 megampu untuk mendapat imbalan ,yang menjadi mangsa keadaan adalah meraka yang iklas dalam perjuangan.
Berbagai kaedah yang digunakan bagi membentuk sesebuah negara dalam memberi kesejahteraan semua pihak ,berbagai menipesto dikeluarkan bagi menarik hati rakyat
malang sekali bagi pegundi bila tersalah memilih calon bertanding kerana bila dah menang ini yang terjadi "dengan nada yg senis meraka akan berkata dulu masa aku bertanding tak nak sokong sekarang lantak awak la nak mampus ke apa aku peduli."
Meraka lupa yang menyebabkan kemenangan itu adalah dibantu oleh kaum kerabat yang tak megundi ,maknanya bila hati sedaranya dah disakiti jangan harap nak menang lagi dan akan dikecam sampai mati.
maknanya kalau yang dah bergelar YB jangan tersalah membuat keputusan dan jangan hanya melihat kepada sebelah pihak semata -mata..walaupun meraka tidak megundi bikla kita memberi perhatian kepada anak -anak meraka ,dengan mudah kelembutan hati meraka tersentuh dan akan memberi sokongan kepada YB.sekiranya tidak tentu masih ada perkara yang mesti di perbaiki.

Tuesday, January 25, 2011

Benarkah kita dilandasan yg benar

Penubuhan sebuah negara itu atas dasar untuk memakmurkan rakyat dibawahnya,tapi kadang kala kita lupa pada masa penubuhan itu masih ramai cerdik pandai ,ulamak,dan para musafir ketika itu yang mana mempunyai luas pandangan dan pengalaman dalam kepayahan kehidupan masa itu.
Apabila sekelompok saja yang mengambil bahgian dalam merumus untuk menjadikan sebuah negara ,maka ketika itu ada yang berniat jahat dan ada yang menyimpan dendam terhadap satu sama lain.
Apa tidaknya apabila dipanggil orang kafir sekali berbincang untuk membina kebaikan umah,tapi kita lupa bahawa penghancur ummah ialah meraka yang kafir.
Kita buang ulamak kerna takut ketinggalan zaman,kerana ulamak itu kebanyakkan nya bersifat sufi atau lebih mudah kita kata orang yang sukar berkomromi dengan orang bukan islam,
Yang kita pilih ketika itru orang yang kita anggap sebagai terbuka atau open mainded.akhirnya bertimbun-timbun bala menghentam keatas kita.
1-Membentuk parti..tak kesahlah parti apa,
pokok pangkalnya untuk kebaikan tetapi apa yg terjadi kini ,hasat dengki,menghina sesama sendiri,membuat fitnah,berpecah belah hingga ada yg sanggup tak makan sembelihan orang bukan separti dan ada yang sanggup tak sholat kerna imam masjid bukan sealiran.
Diaman kita sebenarnya.....

Thursday, January 6, 2011

Islam Kian Dihina

Tampa kita sedari dan tanpa kita meminta,wajah Islam akir-akir ini semakin teruk dicalarkan oleh musuh-musuh yg telah lama meyimpan dendam kesumat terhadap islam,
Setiap perancangan yg dibuat oleh meraka dari zaman sebelum Islam kini kian tanpak meyerlah(berjaya) dilakukan di dalam Negara kita yg disebut negara Islam dan dipandang mulia oleh negara2 di dunia .

1-Merancang agar Orang Islam menghentam orang -orang Islam itu sendiri.cth..yg dpt kita lihat didalam blog2 pada dewasa ini.

2-Orang yg beragama islam dalam satu bangsa memusuhi sesama sendiri dan mengkafirkan sesama sendiri.ini terjadi antara pengikut  Pas dan Umno..masing -masing menunding jari meyalahkan antara satu sama lain.

3-Orang yg tidak Faham dengan Islam mendabik dada bercakap tentang Hukum Islam dan mengeluarkan fatwa tampa boleh disekat.(Sedangkan kita tahu setiap yg hendak diucapkan mestilah berpandukan ajaran Islam,dengan tatacara yg baik beristiqomah dalam setiap sudut ..bukan menerjah mengikut hawa nafsu dan kita juga mestilah faham bahawa apa yg kita cakapkan itu akan dihisab diakhirat kelak yg mana pada waktu itu siksaan menanti jika apa yg kita lakukan itu salah dan jika benar akan mendapat nikmat pahala.

4-Orang bukan Islam sudah boleh memasuki tempa suci orang Islam beribadah(rumah Allah) bercakap didepan orang-orang yg mengaku Islam,malah yg mendengar tersenyum bila melihat kesalahan dalam meyebut kalimah yg salah disebut kononya dari petikan maksud ayat suci al-Quran.