Hukum memakai inai pada asalnya adalah harus.
Namun jika pewarna/inai yang digunakan adalah
daripada pewarna yang bersifat kekal dan tidak
pasti bahan kandungan yang digunakan sama ada
halal ataupun tidak, ia adalah dilarang kerana ia
sama seperti tatoo.
Walau bagaimanapun, jika lambang atau lukisan
yang diperbuat daripada inai tersebut
melambangkan ciri-ciri atau tanda-tanda sesuatu
yang dilarang di dalam Islam seperti lambang
yang berbentuk salib, lambang bagi sesuatu ajaran
sesat, lambang bagi sesuatu kumpulan jahat,
lambang berbentuk haiwan atau sebagainya ia
turut dilarang sekalipun menggunakan inai atau
pewarna yang tidak bersifat kekal.
Di samping itu, memakai inai atau seumpama
dengannya bukanlah salah satu daripada budaya
Islam. Lebih-lebih lagi yang memakai inai ala
tatoo, ia adalah pengaruh/budaya hindu dan barat
yang kedua-duanya adalah dilarang di dalam
Islam. Hal ini dapat dilihat melalui hadis
Rasulullah SAW yang menyatakan dengan
di dalam hadis di bawah ini, maksudnya:
“Bukan dari kalangan kita sesiapa yang meniru
selain kita”.
(Hadis Sahih Riwayat al-Tirmizi).
Sabda baginda lagi:
“Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia di
kalangan mereka”.
(Hadis Sahih Riwayat Abu Daud).
Selain itu, berikut dinyatakan kaedah pemakaian
inai bagi lelaki dan perempuan:
1. Bagi kaum wanita;
- harus memakainya dengan niat sebagai
perhiasan diri.
- had pemakaiannya hanya sehingga ke
pergelangan tangan sahaja. Jika lebih ia dikira
sudah keterlaluan dan ia adalah dilarang.
2. Bagi kaum lelaki;
- ia adalah dilarang jika untuk perhiasan.
- diharuskan memakainya untuk perubatan (cagu).
Manakala hukum mewarnakan rambut selain
daripada warna hitam adalah harus sekiranya ia
dilakukan bukan bertujuan untuk menggayakan
sesuatu fesyen. Selain itu juga, bahan yang
digunakan untuk mewarnakan rambut tersebut
telah dikenal pasti adalah suci dan halal.
No comments:
Post a Comment