Tuesday, August 25, 2009

Kesilapan yg perlu dibaiki..segera

Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan

Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita.
Dalam era membaiki diri ini, kita check sembahyang kita, nanti
akan terjawap kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara
keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam
kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan 1.
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang,
bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir.
Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab.
Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin
sembahyang itu fardu.

Golongan 2.
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak
betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun
secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada.
Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka
kepada Allah Taala.

Golongan 3.
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang,
tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka
ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia
sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program
kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak
sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4.
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak
khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia
tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5.
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham
setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi
tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan
perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Sambung esok pulak

No comments: