Thursday, March 12, 2009

AGAMA DAN IDEOLOGI

Setelah membahas konsep Islam dan kufur bahawa semua agama mahupun ideologi selain Islam adalah Kafir,serta ruang lingkup ajaran Islam,bahawa Islam bukan sekadar ajaran spritual,tetapi juga politik,maka islam adalah Agama sekaligus ideologi.berbeza dengan kristian atau Yahudi yang hanya merupakan agama dan tidak dapat di jadikan sebagai Ideologi.Atau berbeza pula dengan kapitalisme dan sosialisme,yang merupakan ideologi,yang tidak mempunyai ajaran spritual,dan kerana itu tidak dapat di jadikan sebagai agama.
Untuk itu maka perlu di jelaskan letak perbezaan antara islam dengan agama dan Ideologi Non-Islam.

Islam mengajar konsep spiritual (Aqidah ruhiyah)dan politik(aqidah Syiasiah)sekaligus,dimana spriritual dan Politik tersebut menjadi satu bahagian daripada ajaran Islam.Sedangkan Kristian ,Yahudi,Hindu,Budha,Confucius dan yang lain-lain hanya mengajar konsep spiritual sahaja,sedangkan konsep politik tidak diajarkan di dalamnya.Sebaliknya Kapatalisme dan Sosialisme ataupun selain Ideologi Islam Yang lain,hanya mengajarkan konsep politik sedangkan konsep spritual tidak diajarkan didalamnya.

Apabila orang Islam tidak mengambil Ajaran Islam secara meyeluruh sebagai Aqidah ruhiyah dan syiasiah ,maka barulah akan terjadi kekacauan di dalam kehidupannya.Dimana ini terjadi apabila orang islam meninggalkan sebahagian daripada ajaran agamanya yang meyeluruh itu.Misalnya apabila orang Islam dalam berpolitik mengunakan kapitalisme sedangkan spritualnya adalah Islam,maka ia dapat berbohong dan manipulasi rakyat dengan penjelasan yang tidak benar,sedangkan masalah tersebut amat bertentangan dengan konsep spritualnya.Orang Islam seperti ini juga akan mengalami peperangan batin yang hebat kerana bercanggahnya dua konsep yang berbeda dalam dirinya.


2 comments:

.@blogger.com said...

Salam,
blog sdr telah di link-kan ke Gabungan Suara Anak Pahang. Sila masukkan juga logo GSAP diblog sdr. Terima kasih.

AZLAN said...

saya mau madu satu botol! boleh dapat ka?