Tuesday, May 26, 2009

WUJUDKAH ALLAH

WUJUDKAH ALLAH
Ramai manusia yang hanya mempercayai sesuatu yang berbentuk zahir dan dapat dilihat di alam realiti sahaja dengan menafikan sesuatu yang ghaib terutama melibatkan perkara ketuhanan seperti kewujudan Allah itu sendiri. Mereka yang berpegang kepada mazhab realistik banyak menafikan sesuatu perkara yang ghaib kerana hanya bersumberkan kepada akal yang sememangnya lemah tanpa mendapat bantuan daripada suluhan cahaya wahyu.

Di dalam sebuah kitab ada diceritakan bagaimana seorang guru apabila berhadapan dengan seorang yang tidak percaya kewujudan Allah kerana dia tidak mampu melihatnya lalu guru itu mengisahkan kepadanya bagaimana ada sebatang pokok yang besar telah bergoyang dengan sendiri sehingga tumbang. Selepas itu pokok itu terpotong dan diproses dengan sendiri sehingga ia menjadi sebuah perahu. Perahu itu kemudiannya melungsur dengan sendiri dari hutan menuju ke sungai yang berdekatan dan kemudiannya bergerak sendiri menyelusuri batang sungai itu dan ia tiba di destinasinya tanpa ada bantuan daripada sesiapa pun.
Mendengar cerita ini lalu orang itu menuduh guru tersebut menipunya kerana baginya tidak masuk akal sesuatu itu boleh memproses dirinya sendiri tanpa bantuan sesuatu yang lain. Lalu guru itu dengan tersenyum sambil memberitahunya itulah ia hakikat kewujudan Allah di mana adanya alam ini mesti ada Penciptanya walaupun tidak dapat dilihat kewujudannya. Adalah suatu yang mustahil alam ini terjadi dengan sendiri tanpa adanya Tuhan yang menciptanya.

Begitu juga dengan suatu kisah yang berlaku dalam satu kelas sains di mana seorang guru sains telah bertanya muridnya tentang kewujudan Tuhan sedangkan ia tidak mampu dilihat.
Lalu salah seorang muridnya bangun untuk bertanya gurunya itu mengenai elektrik. Dia bertanya kepada gurunya tentang keyakinan gurunya itu mengenai kewujudan elektrik lalu gurunya itu menjawab bahawa elektrik memang ada. Si murid bertanya lagi tentang di mana kewujudan elektrik tersebut samada di suis, di wayar atau di mentol lampu.
Si guru tidak mampu menjawab walau pun dia yakin bahawa lektrik memang ada tetapi tidak mampu dilihat kewujudannya. Inilah hakikat kewujudan Allah di mana walau pun kita tidak mampu melihatnya tetapi kita yakin bahawa Dia tetap wujud dengan adanya .

Pada hari ini ramai diantara kita yang pandai bercakap tapi kita lupa ,apa yang kita ucapkan itu dilihat didengar oleh ALLAH yang tidak kita nampak.Setiap apa yang terlintas dalam benak hati kita orang tidak tahu tapi Allah jua yang tahu.
Memikirkan tentang kehidupan harian kita memang meyeronokkan dan apatah lagi apabila kita menulis dan hasil tulisan kita dibaca orang,berbagai reaksi yang akan timbul .Kalau ada yang terasa dan tersentuh pasti akan membalas jika di cerca pasti akan melenting dan menjawab dengan penuh emosi.
Dalam negara kita yang berbilang kaum dan berbagai fahaman dan anutan maka kita perlu berhati-hati dalam membuat sesuatu rencana atau tulisan bimbang akan mencuit mana-mana pihak.
Dalam politik lain pulak jadinya ramai yang tidak sedar menghentam antara satu sama lain untuk meraih sokongan tapi perlu diingatkan jangan sampai lari dari akhidah sudah la..

No comments: