Tuesday, May 5, 2009

Mukjizat Al-Quran

AlQuran Menunduk Pencabarnya
Mukjizat merupakan sesuatu perkara yang menyalahi apa yang biasanya berlaku, ampuh daripada sebarang cabaran pencabarnya dan ia merupakan anugerah Allah kepada rasul-rasulNya di dalam membuktikan kebenaran kepada kenabian dan kerasulan mereka.
Al-Quran merupakan mukjizat paling besar kepada nabi Muhammad S.A.W dan berkekalan sehingga hari qiamat.Jika kita merujuk kepada beberapa buah kitab samaada yang turasi(tua) ataupun mua'sarah(terkini), kita akan dapati bagaimana muallif kitab itu membincangkan bagaimana Al-Quran melemahkan mereka yang telah, sedang dan akan mencabarnya melalui beberapa kriteria yang tertentu. Di sini akan disentuh secara ringkas kriteria-kriteria berikut untuk maklumat kita bersama.
Kriteria ini membuktikan bagaimana Al-Quran membincangkan perundangan rabbani yang adil dan sesuai dijalankan sepanjang masa. Tidak mungkin seorang nabi yang diketahui buta huruf yang mana kebanyakan waktunya dihabiskan dengan memelihara kambing dan berniaga mampu untuk menulis perundangan yang sempurna ini melainkan ia merupakan mukjizat. Walaupun telah ramai yang cuba mencipta dan menjalankan sistem perundangan dan pemerintahan yang berdasarkan komusisme, sosialisme, sekularisme dan ideologi yang lain tetapi semuanya menemui kegagalan kerana perundangan Al-Quran tetap melemah dan menggagalkan pencabarnya. Antara perundangan yang terkandung dalam Al-Quran ialah berkaitan dengan solat, puasa, zakat, haji, pembahagian harta pusaka, kekeluargaan, hukum hudud, qisas, pemilihan pemimpin dan sebagainya. Kita melihat bagaimana barat sendiri mengakui perundangan Al-Quran adalah yang terbaik dan sempurna seperti hukuman 100 rotan untuk penzina yang belum berkahwin merupakan satu-satunya jalan untuk mengubati penyakit Aids(bala). Manakala bagi mereka yang sudah berkahwin maka tiada jalan lagi kerana mereka memang tiada peluang lagi untuk selamat daripada penyakit itu melainkan direjam sehingga mati. Begitu juga Islam menjaga maruah seseorang daripada di’aibkan walaupun dia bersalah selagi mana dia tidak dihukum melalui hukum li’an, qazaf, zihar dan beberapa hukum yang lain.
Ini membawa kepada penjagaan maruah pesalah dan keluarganya dan mengelakkan orang ramai daripada membuat tuduhan tanpa bukti dan saksi.Kita juga pernah membaca bagaimana kerajaan Amerika Syarikat cuba mengharamkan peminuman, pembelian, penjualan, pengeluaran dan pengedaran arak pada tahun1930. Mereka mengemukakan pelbagai cara melalui penyelidikan yang teliti dan perbahasan ilmiah mengenai bahayanya arak untuk disebarkan kepada rakyat mengenainya. Media massa digunakan sepenuhnya untuk menerangkan mengenai perkara ini yang mana tujuan ini menelan belanja sebanyak US65 juta dan pencetakan sahaja meliputi US9 juta dan 4 juta lebih bagi tujuan pelaksanaan undang-undang ini. Menurut laporan dari bahagian penyelidikan dan pengkajian menunjukkan kesan pelaksanaannya antara Oktober 1933 telah menyebabkan 200 orang dihukum bunuh, seramai setengah juta orang dipenjara dan rampasan kepada arak mencapai angka US 1.5 juta serta denda yang dikenakan kerana kesalahan ini berjumlah US400 juta. Akhirnya undang-undang ini terpaksa dibatalkan pada akhir tahun 1933memandang mereka kehilangan banyak nyawa dan juga denda yang dilakukan tidak mampu membendung masalah arak ini. Ini adalah kerana undang-undang yang dicipta oleh tangan manusia tidak mampu menimbulkan keinsafan dan juga tiadanya perhubungan antara duniawi dan ukhrawi tidak sepertimana hukum Allah yang Maha Adil dan memberi kesan kepada makhlukNya. Hukuman sebat sebanyak 80 rotan ke atas peminum arak sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam mampu menginsafkan mereka yang terlibat dan mampu pula untuk mencegah orang lain dari terjerumus dalam kesalahan yang sama. Ia juga dilaksanakan dihadapan ramai bukannya di bilik khas yang mana hanya pegawai yang bertugas dan pesalah sahaja yang tahu azabnya seksaan yang dijatuhkan ke atasnya. Bilakah kita mampu merasai keadilan hukum Allah? Ia adalah kewajipan kita bersama di dalam melaksanakannya..............................

No comments: