Tuesday, August 11, 2009

PENGHINAAN TERHADAP MELAYU ISLAM

Apa yang saya maksud di sini ialah
bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu,
tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India),
seolah-olah hari sudah hampir kiamat
seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi
.Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar
dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar),
siapakah yang kalah (salah).
Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik,
sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai.Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?
Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum,
tetapi berpolitik secara sempit
mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal.
Tujuannya tidak lain,
untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi.
Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum,
dengan mengenepikan kepentingan umum.
Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan?
Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya?
Orang Islam masih boleh menerimanya.
Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.
Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan,
satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut
seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam.
Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama.
Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri,
dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan
memburuk-buruk tanahair sendiri.
Memang orang sekarang dah terbalik
Takut pada benda yang tak bertempat, Berani pada perkara yang tak tepat,
Pembentukkan rohani dan usrah tersekat Bukankah islam itu hebat,
Kenapa pula disekat-sekat.
Memang orang sekarang pelik Mengaku islam itu hebat ,
Tapi halal dan haram semua dia rembat,
Sama-samalah jadi pelik, Sama-samalah nanti terbalik,
Dunia ni pun dah nak terbalik, Agaknya ini ciri manusia akhir zaman,
Pertahankanlah islam selagi terdaya,
Hayati dan amalkan ad-din yang sesuai,
Jadilah islam yang sebenar Sebab islam tu hebat,
Islam itu tangga kecemerlangan
Dan
kita sebagai penganut perlu hebat seiring dengan ajaran islam itu.
Jangan biar islam lapuk di telan zaman
Jangan biar ia dicemari,
Sebabnya kita orang ISLAM Cukuplah............
dulu bumi kita di jajah Jangan biarkan pula fikiran kita di jajah,
Sebabnya hanya orang yang bodoh ...yang begitu,
Jatuh di tempat yang sama dua kali.

No comments: