Thursday, April 23, 2009

ONE MALAYSIA

SATU MALAYSIA (one Malaysian)

Merupakan satu konsep untuk memertabatkan bangsa dan budaya kearah kecemerlangan dengan usaha yang berterusan tanpa mengira bangsa dan agama dan tidak mengabaikan hak-hak keistimewaan Orang Melayu, berpandukan apa yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia.

Konsep menyeluruh dalam tindak tanduk perilaku kita seharian samada dalam tugasan dan tanggungjawab yang di amanahkan. juga menjana jatidiri yang di harapkan sebagai rakyat di bumi bertuah Malaysia ini. Semangat ini wajib ujud dalam hati setiap rakyat dan membentuk jiwa rakyat supaya berpaksi kepada negara Malaysia yang satu.

Budaya kecemerlangan wajib didahulukan dan berterusan kerana dari situ rakyat Malaysia akan mendapat manfaat mengikut daya usaha yang dilakukan. Dengan Kesungguhan dan keikhlasan sudah pasti menghasilkan pencapaiaan yang tinggi dan bermutu. Konsep ini mengambarkan betapa bertuahnya kita menjadi rakyat Malaysia yang sanggup mengorbankan segalanya demi kepentingan kemajuan, kemakmuran, kemerdekaan, Negara tercinta ini.

Sebagai”Satu Malaysia” , apapun dasar kerajaan dibawah pucuk pimpinan Perdana Menteri akan mengambil kira kepentingan semua kaum.Malah semua kaum akan mendapat segala peluang dalam pengagihan kontrak atau projek dan hak keseramarataan yang ada di dalam Negara Malaysia ini.

Sebagai rakyat Malaysia yang matang mulai saat ini wajib berani berubah dan bersedia dengan perubahan yang pasti tiba jika kita mahu negara kita melonjak ke Era negara maju, Disamping mempertingkatkan nilai perpaduan sedia ada. Konsep ini juga memberi penekanan kepada golongan pemimpin kita, PM kita hari ini sudah menjelaskan dan memberi amaran melalui kaedah pendekatan yang lebih aktif terhadap perkhidmatan kepada rakyat melalui konsep KPInya. Jika prestasi itu tidak memberangsangkan sudah pasti satu keputusan akan di buat mengikut keperluan rakyat, sepertimana slogan yang diucapkan: “Rakyat didahulukan,prestasi diutamakan”.

Keperluan asas kepada pencapaian konsep Satu Malaysia, juga akan mengutamakan hal –hal yang berkaitan dengan emosi rakyat terutamanya yang melibatkan kaum,budaya ,agama,sosial dan sebagainya agar ianya tidak menyinggung mana-mana pihak yang bermastautin di Negara Malaysia ini..

Kebangaan menjadi rakyat Malaysia ini harus difahami dan diterapkan secara berterusan dalam kehidupan seharian secara bersistematik. serta mengambil kira tahap penerimaan rakyat, terutamanya faktor kaum, agama ,pendidikan dan sebagainya.

No comments: