Tuesday, March 24, 2009

MANA SATU PILIHAN UMAT SEKARANG

KITA BERCAKAP ,ORANG LAIN BERCAKAP TETAPI APA SEBENAR YANG KITA MAHU.
Kalau kita kata kita sayangkan Negara,Agama Bangsa,Tanah Air.........
Hari ini kita lihat Orang ramai bercakap sayangkan Agama Islam.... Baik kenapa Agama Kita tidak kita telusuri dengan penuh keyakinan dan mengamalkan dengan bersungguh sungguh dan berpaut rapat agar tidak terlepas atau tercalar sedikit pun.malang bagi kita apabila Agama Islam yang diwahyukan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW kini sudah mula ada yang berani melawan.didalam Al-Quran berbagai berita dimuatkan berbagai tegahan di gambarkan.tetapi tak ramai yang mengambil Iktibar malah melakukan berbagai kesilapan.kini apabila muncul di kalangan orang Islam yang mengunakan Al-Quran untuk tujuan pribadi (parti Politik)membolehkan yang tidak boleh menghalalkan apa yang haram.(Rasuah)Mengambil kesempatan diatas kesilapan orang lain.Contoh membuka pekung kesalahan orang untuk menaikkan diri sendiri.
Kalau kita sayangkan Negara Kita yang Asal Tanah Melayu kita robah Namanya kepada Malaysia atas dasar menjaga hati Kaum lain.kenapa hati kita meraka tidak jaga.malah mempertikaikan hak kita orang melayu.Kalau kita lihat sepintas lalu.Raja Raja melayu adalah tuan kepada semua Bangsa.menjadi ketua Agama Kepada Orang Islam tetapi apa yang kita perkatakan disini sudah termaktub di dalam perlembagaan .
Menjeguk kenegara jiran jika terdapat orang yang menghina tuan meraka atau ketua meraka sudah pasti akan hilang kerakyatan atau hilang dari dunia ini.tetapi kenapa kita tidak bertindak sedemikian.Apakah kita takut akan dikata Zalim atau ditaktor.tetapi ingatlah Orang melayu terkenal dengan sifat lemah lembut ,Budi bahasa jangan diguris hati meraka ,apabila terguris hati dan perasaan akan membawa kecelakaan yang boleh mengundang bahaya ..Negara yang kita cintai ini sekarang dalam keadaan aman ,damai sentosa Ria tiada gangguan dan sengkata. . .kenapa kita nak padamkan sejarahnya. apakah kita ingin melakar sejarah baru.Keharmonian antara kaum di Malaysia tidak terdapat di Negara Lain malah boleh dikatakan tidak pernah ada di Rantau ini yang sebaik Malaysia.
Hari ini kita berselisih pendapat tetapi kita perlu ingat kita orang Islam jika terdapat perselisihan antara kita maka marilah kita kembali ke Jalan Allah kembali merujuk kepada Al-Quran dan sunnahnya.
Kita Orang melayu banyak melakukan kesilapan antara kita dengan kelembutan dan ikut telunjuk orang lain kita akan musnah.Anak anak kita yang masih belum mengenal apa itu kehidupan pasti akan terjebak dengan omongan kosong orang-orang yang ingin megadaikan Negara demi kepentingan sendiri.
Orang Melayu tetap melayu-tak akan pernah orang melayu menjadi CINA atau INDIA.tetapi Orang Melayu akan menjadi kafir sekiranya menolak Ajaran ALLAH.

No comments: