Wednesday, November 28, 2012

Serba Salah

Hari ini kita lihat umat Islam mula bercakaran antara satu sama lain,satu kumpulan mengatakan dia lebih islam dari kumpulan yang satu lagi ,bila kita lihat keduanya sholat,zakat haji dan sama alimnya cuma dari segi fahaman berlainan.nak sokong berkopiah dua dua berkopiah nak sokong yg berserban tegur pun tak jawab.padahal kedua dua islam...pandai berhujjah dengan hukum tuhan ..kita jahil..

Bila Kata Di Kota.

Ramai yang tidak menyangka apa yang bakal berlaku bila meraka berjanji,pada hal semua janji itu perlu diteliti kerana ,ramai yg boleh memberi janji tapi untuk megota janji itu tidak ramai,janji nak berkahwin dengan sipolan bila memancing kasih dan sanggup berhabis duit tapi bila dah dapat apa yang diidamkan maka ketika itu baru takut bini marah takut terputus hubungan dengan anak dan lain2.
Tapi janji yang senang ditepati tak lain tak bukan bila diajak makan atau berjalan2 ,itu jeee

Bahana Salah Pilih.

Apabila kita diberi peluang untuk memilih biarlah kita membuat pilihan mengunakan akal yang waras,jangan sampai kita tersalah pilih hasil luaran yang kita lihat ,tapi apa yang sebaliknya akan menjadikan kita hidup tidak tenteram dan sentiasa diburu kesesalan akibat salah pilih,
Ramai yang tidak menyangka hanya dengan menanda pangkah  satu kali kita terkhilap dari masyarakat dan dibuang sahabat..fikirkanlah

Begitulah adanya pembangkang bila mentadbir negeri

“Mana janji pendidikan tadika percuma? Mana janji mencarum Takaful untuk warga emas dan si kurang upaya? Mana elaun ibu tunggal, sampai dah kena saman? Mana elaun khas surirumah?

Mana janji bekalan air percuma setiap bulan tanpa syarat?
“ Itu Selangor, belum lagi kita perhalusi apa yang jadi di Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang”, ujarnya.Di Kelantan pula kata beliau harapan Program Ladang Rakyat, bagi membantu golongan miskin dengan pemberian dividen dan gaji untuk peserta, punah berkecai tak kesampaian.
Katanya lagi ia bukan sahaja gagal, malah amalkan kronisme pula.
“Bertempik terlolong mereka jaja kononnya kita amalkan kronisme, namun bagaikan musang berbulu ayam, dalam diambakiprojek dipajak kepada syarikat kroni pilihan Kerajaan Pas sendiri, tanpa penilaian terperinci.
“Mereka bising projek Lynas dan Pengerang kerana kesannya kepada alam sekitar. Ini lah apabila gajah depan mata tak nampak, kuman seberang lautan mereka nampak. Kawasan tadahan air di Bukit Pos Pasik, tercemar akibat pembalakan melampau dan pembukaan ladang rakyat.
“Orang asli juga terpaksa berdepan dengan penyakit apabila air tadahan kotor berlumpur. Ini belum lagi kita cakap tentang bekalan air kotor yang terus menyeksa rakyat Kelantan”, katanya.
Manakala di Pulau Pinang jelas beliau sandiwara pembangkang yang kononnya menjaga rakyat, terkulai rebah dalam kes tanah Taman Manggis, tanah yang sepatutnya dibina rumah kos rendah sebaliknya dijual kepada syarikat swasta.
“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pemuda BN Pulau Pinang kerana telah mendedahkan penipuan Ketua Menteri dengan menyahut cabaran menyediakan wang untuk beli tanah tersebut. Tapi sehingga hari Lim Guan Eng diam membisu tak berani sahut cabaran, takut pecah tembelang”, ujarnya.

mahasiswa berani

Mahasiswa hari ini dlihat lebih berani apabila secara terbuka membuka baju mereka dengan menunjukkan sokongan terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata perkembangan tersebut menunjukkan golongan muda semakin dekat untuk bersama-sama dengan UMNO dan BN yang membawa erti dan makna yang cukup besar.
Menurut beliau jika pada pilihan raya umum 2008 yang lalu, memang tidak dinafikan golongan tersebut tidak memihak kepada BN, namun hari ini dengan adanya kumpulan profesional muda, ulama muda dan sebagainya lagi menunjukkan segala-galanya telah berubah.
“Pada 2008, kita tidak boleh nafikan generasi muda tidak memihak kepada kita. Di bandar….di luar bandar, warung kopi dan sebagainya jauh meninggalkan UMNO dan BN.
“Dan hari ini kita telah buktikan bukan hanya pengundi muda sudah mula kembali kepada BN dengan melihat keputusan pilihan raya-pilihan raya kecil, malah segmen penting kepada kita mahasiswa yang berpendidikan tinggi, terpelajar, berfikiran kritis, mereka sudah berani buka baju menyatakan sokongan mereka kepada UMNO dan BN.
“Kali ini kita tunjuk sokongan manifestasi golongan muda bersama kita. Mahasiswa dengan kelab penyokongnya, orang muda profesional dengan BN Youth Volunteers. Ini menujukkan tidak hanya terhad kepada mahasiswa dan tidak hanya terhad kepada profesional muda malah ulama muda pun bersama UMNO,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pelancaran Kelab Penyokong BN IPTA berkata pindaan terhadap Akta Universiti, di Dewan Tun Razak 1, PWTC, di sini, hari ini.

KENYATAAN TUNKU ABDUL AZIZ DAP

Tunku Abdul Aziz yang berpengalaman luas dan tahu luar dalam DAP dalam kenyataannya itu juga menyatakan bahawa Anwar hanyalah sekadar “Perdana Menteri boneka” selepas mempergunakan bekas partinya itu untuk merebut jawatan yang dia idamkan selama ini.

Lebih berani, “orang lama” DAP itu turut mengesahkan bahawa DAP sebenarnya didominasi oleh kaum Cina yang ekstrim!
Malah menurutnya, kewujudan Karpal Singh sebagai Pengerusi parti itu hanyalah “wayang” di mana mereka hanya membiarkan saja ketua mereka itu dibelasah keseorangan sekiranya terdapat mana-mana kesilapan kenyataan dari golongan pemimpin Cina DAP.
Saya tidak dapat tidak perlu menerima kenyataan Tunku Abdul Aziz mengenai hubungan DAP dan PKR ini memandangkan dia adalah antara bekas pemimpin tertinggi DAP yang paling lama berada di dalam parti tersebut.
Dalam ertikata lain, sudah tentu dia kenal benar dengan segala kelemahan dan kekuatan DAP, tahu segala gerak kerja serta agenda sulit parti itu.
Dalam kenyataannya itu, saya menyimpulkan bahawa Anwar mempergunakan DAP untuk menjadi Perdana Menteri, manakala DAP pula akan membonekakan Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haram menawan Putrajaya.
Matlamat Anwar ialah untuk menjadi Perdana Menteri dan dia tahu dia tidak boleh mendapatkan kuasa secara berseorangan. Dia sedar PKR tidak kuat pun berbanding DAP yang mendapat sokongan kaum Cina sejak tahun 2008.

peranan kepimpinan yang sebenar

Peranan kepimpinan tertinggi parti juga dimanifestasikan dengan mengambil pendekatan serupa dalam isu keganasan etnik dan agama di negeri Rakhine, Barat Myanmar dengan menekankan soal kemanusiaan dan memberi bantuan kepada mangsa keganasan tanpa mengira latar belakang dan agama mereka.
Begitu juga dalam usaha menyokong rakyat Palestin yang mana UMNO dan barisan kepimpinannya sentiasa konsisten sehinggakan baru-baru ini ulama terkemuka dunia Dr Yusuf Al-Qaradawi juga telah memberi pengiktirafan dan pujian kepada Malaysia. Ini semua terhasil atas komitmen jitu negara dalam membantu dan menyokong rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis di bumi Gaza.

Kepimpinan dan kejayaan UMNO turut diiktiraf oleh kuasa besar China sehinggakan terjalin memorandum persefahaman (MoU) di Beijing, antara Parti Komunis China dan UMNO dengan perkongsian idea serta saling mempelajari dalam pelbagai aspek merangkumi politik, ekonomi, pendidikan hinggalah kepada kebudayaan.
Bukan itu saja, kepimpinan China turut mengakui bahawa mereka amat kagum terhadap cara UMNO menangani masalah perkauman dan ingin mempelajarinya dalam usaha mengatasi masalah-masalah berkaitan etnik yang wujud.
Atas kesedaran UMNO dalam melakukan transformasi dengan idea merealisasikan Forum Antarabangsa menjelangnya Perhimpunan Agung UMNO sebagaimana dua tahun yang lalu, maka sewajarnya seluruh rakyat Malaysia meresapi aspirasinya dengan mengakui keterbukaan UMNO dalam pelbagai aspek.

UMNO Terus Teguh Melangkah

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau lebih sinonim dengan nama UMNO bukan hanya sebuah pertubuhan politik yang berjaya mencapai impian dalam mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara tetapi sehingga hari ini lakaran kecemerlangannya bersama Barisan Nasional (BN) dikagumi di persada antarabangsa

ANTARA DUA MASA DEPAN KHAIRI

Hamzah Fansuri pernah bergurindam, kepada orang muda ditinggalkan pesan: “Wahai muda kenali diri mu Ia lah perahu tamsil tubuh mu Tiada lah berapa lama hidup mu Ke akhirat jua kekal diam mu Hai muda arif budiman Hasilkan kemudi dengan pedoman Alat perahu mu jua kerjakan Itu lah jalan membetuli insan” Marilah kita bersama-sama [...]

Doa Yg sepatutnya

KUALA LUMPUR 28 Nov – Walapun Pas mendoakan kemusnahan dan kehancuran


terhadap UMNO, namun parti itu dalam perhimpunan agungnya tidak sama sekali

bertindak balas malah turut mendoakan kebaikan kepada musuh politiknya itu.

Pada majlis Perasmian Wanita, Pemuda dan Puteri di Dewan Merdeka di sini,

Selasa malam, doa yang dibacakan oleh Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO,

Ustaz Afandi Mohd langsung tidak mendoakan kemusnahan Pas.

Sebaliknya mendoakan agar dibukakan pintu hati mereka untuk kembali ke

jalan Allah dan kembali kepada kebenaran serta menggerakkan hati

Perhimpunan

KUALA LUMPUR - Semangat ditunjukkan perwakilan yang datang Perhimpunan


Agung Umno Ke-66 nyata berbeza kerana mereka berpendapat, perhimpunan kali

ini cukup bermakna sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13)

Ketua Wanita Umno Bahagian Pokok Sena, Datuk Salmah Mat Isa berkata, beliau

tidak sabar mendengar amanat daripada Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak

berhubung pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Kita tahu perhimpunan ini terakhir sebelum PRU13, sehubungan itu

sperwakilan perlu mengambil berat apa dikatakan Presiden nanti.