Wednesday, March 25, 2009

PERHIMPUNAN AGONG UMNO 2009 SATU HARAPAN

Megah terasa bila mendengar perhimpunan bermula.Harapan setinggi mengunung kepada 2500 perwakilan untuk memilih yang terbaik bagi memacu kepimpinan Parti yang mewakili rakyat 25 juta.
Harapan dan cita-cita mula bermain di dalam benak hati .siapa yang bakal dipilih nanti.apakah meraka yang betul-betul memperjuangkan nasib 25 juta atau sebaliknya.

Kalau dulu kita lihat orang melayu megah dengan kebijaksanaan .melangkah dengan penuh keyakinan memakai baju melayu bersongkok hitam berkeris pahlawan.pada hari ini janganlah pulak melangkah lesu berkain pelakat.Saya takut membaca akhbar......Banyak cerita yang mengugat .banyak cerita yang meyayat hati berlaku didalam negara yang disayangi ini berterusan,pembunuhan setiap hari,penipuan menjadi-jadi,pemerkosaan sering terjadi.....
Pada hari ini kami rakyat malaysia anak watan negara merayu kepada 1500 perwakilan .bersihkan hati tekatkan semangat bangun membuat pembaharuan .celikkan minda meraka-mereka yang tertidur.bangunkan meraka yg dilamun cinta dunia.bersihkan UMNO agar orang melayu menjadi terbaik.seperti dunia mengenali kita ... teruskan perjuangan kita apa yang orang kata kita itu hak meraka yang penting kita melaksanakan tangguingjawab yang diamanah kan oleh ALLAH kepada kita.

Tuesday, March 24, 2009

MANA SATU PILIHAN UMAT SEKARANG

KITA BERCAKAP ,ORANG LAIN BERCAKAP TETAPI APA SEBENAR YANG KITA MAHU.
Kalau kita kata kita sayangkan Negara,Agama Bangsa,Tanah Air.........
Hari ini kita lihat Orang ramai bercakap sayangkan Agama Islam.... Baik kenapa Agama Kita tidak kita telusuri dengan penuh keyakinan dan mengamalkan dengan bersungguh sungguh dan berpaut rapat agar tidak terlepas atau tercalar sedikit pun.malang bagi kita apabila Agama Islam yang diwahyukan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW kini sudah mula ada yang berani melawan.didalam Al-Quran berbagai berita dimuatkan berbagai tegahan di gambarkan.tetapi tak ramai yang mengambil Iktibar malah melakukan berbagai kesilapan.kini apabila muncul di kalangan orang Islam yang mengunakan Al-Quran untuk tujuan pribadi (parti Politik)membolehkan yang tidak boleh menghalalkan apa yang haram.(Rasuah)Mengambil kesempatan diatas kesilapan orang lain.Contoh membuka pekung kesalahan orang untuk menaikkan diri sendiri.
Kalau kita sayangkan Negara Kita yang Asal Tanah Melayu kita robah Namanya kepada Malaysia atas dasar menjaga hati Kaum lain.kenapa hati kita meraka tidak jaga.malah mempertikaikan hak kita orang melayu.Kalau kita lihat sepintas lalu.Raja Raja melayu adalah tuan kepada semua Bangsa.menjadi ketua Agama Kepada Orang Islam tetapi apa yang kita perkatakan disini sudah termaktub di dalam perlembagaan .
Menjeguk kenegara jiran jika terdapat orang yang menghina tuan meraka atau ketua meraka sudah pasti akan hilang kerakyatan atau hilang dari dunia ini.tetapi kenapa kita tidak bertindak sedemikian.Apakah kita takut akan dikata Zalim atau ditaktor.tetapi ingatlah Orang melayu terkenal dengan sifat lemah lembut ,Budi bahasa jangan diguris hati meraka ,apabila terguris hati dan perasaan akan membawa kecelakaan yang boleh mengundang bahaya ..Negara yang kita cintai ini sekarang dalam keadaan aman ,damai sentosa Ria tiada gangguan dan sengkata. . .kenapa kita nak padamkan sejarahnya. apakah kita ingin melakar sejarah baru.Keharmonian antara kaum di Malaysia tidak terdapat di Negara Lain malah boleh dikatakan tidak pernah ada di Rantau ini yang sebaik Malaysia.
Hari ini kita berselisih pendapat tetapi kita perlu ingat kita orang Islam jika terdapat perselisihan antara kita maka marilah kita kembali ke Jalan Allah kembali merujuk kepada Al-Quran dan sunnahnya.
Kita Orang melayu banyak melakukan kesilapan antara kita dengan kelembutan dan ikut telunjuk orang lain kita akan musnah.Anak anak kita yang masih belum mengenal apa itu kehidupan pasti akan terjebak dengan omongan kosong orang-orang yang ingin megadaikan Negara demi kepentingan sendiri.
Orang Melayu tetap melayu-tak akan pernah orang melayu menjadi CINA atau INDIA.tetapi Orang Melayu akan menjadi kafir sekiranya menolak Ajaran ALLAH.

Thursday, March 12, 2009

AGAMA DAN IDEOLOGI

Setelah membahas konsep Islam dan kufur bahawa semua agama mahupun ideologi selain Islam adalah Kafir,serta ruang lingkup ajaran Islam,bahawa Islam bukan sekadar ajaran spritual,tetapi juga politik,maka islam adalah Agama sekaligus ideologi.berbeza dengan kristian atau Yahudi yang hanya merupakan agama dan tidak dapat di jadikan sebagai Ideologi.Atau berbeza pula dengan kapitalisme dan sosialisme,yang merupakan ideologi,yang tidak mempunyai ajaran spritual,dan kerana itu tidak dapat di jadikan sebagai agama.
Untuk itu maka perlu di jelaskan letak perbezaan antara islam dengan agama dan Ideologi Non-Islam.

Islam mengajar konsep spiritual (Aqidah ruhiyah)dan politik(aqidah Syiasiah)sekaligus,dimana spriritual dan Politik tersebut menjadi satu bahagian daripada ajaran Islam.Sedangkan Kristian ,Yahudi,Hindu,Budha,Confucius dan yang lain-lain hanya mengajar konsep spiritual sahaja,sedangkan konsep politik tidak diajarkan di dalamnya.Sebaliknya Kapatalisme dan Sosialisme ataupun selain Ideologi Islam Yang lain,hanya mengajarkan konsep politik sedangkan konsep spritual tidak diajarkan didalamnya.

Apabila orang Islam tidak mengambil Ajaran Islam secara meyeluruh sebagai Aqidah ruhiyah dan syiasiah ,maka barulah akan terjadi kekacauan di dalam kehidupannya.Dimana ini terjadi apabila orang islam meninggalkan sebahagian daripada ajaran agamanya yang meyeluruh itu.Misalnya apabila orang Islam dalam berpolitik mengunakan kapitalisme sedangkan spritualnya adalah Islam,maka ia dapat berbohong dan manipulasi rakyat dengan penjelasan yang tidak benar,sedangkan masalah tersebut amat bertentangan dengan konsep spritualnya.Orang Islam seperti ini juga akan mengalami peperangan batin yang hebat kerana bercanggahnya dua konsep yang berbeda dalam dirinya.


Wednesday, March 11, 2009

KEDUDUKAN ISLAM TELAH TERGUGAT

Selepas keputusan pilihan raya ke 12 pada 8 mac 2008 di umumkan,dilihat banyak kegawatan yang timbul di dalam masyrakat.disana orang memperkatakan tentang kontrak sosial satu perkara yang sebelum ini tidak ada orang yang terasa ingin ambil tahu,malah memperkatakan tentang murtad,negara sekular,kebebasan beragama dan artikel 11 perlembagaan.
Setelah dipersoalkan oleh pihak pihak tertentu barulah kebanyakan rakyat malaysia tercari-cari buku sejarah lama untuk menelaah semula maksud kontrak sosial.namun setelah di beri penjelasan secara panjang lebar oleh mantan perdana menteri Tun Dr.Mahathir Mohammad di dalam blognya barulah ramai yang teragguk-angguk kepala.lagu tu rupanya.
Apabila berlaku perubahan tampuk politik .banyak perkara lain turut berubah.umat malaysia bagai tergejut dari mimpi.apa tidaknya.perkara pokok seperti kedudukan Islam dan Orang Islam di malaysia ..Ada pihak yang begitu lantang meyuarakan isu-isu sensitif berkenaan negara sekular,kebebasan agama,kuasa mahkamah syariah,penentuan agama seseorang dan perbincangan secara terbuka oleh majlis peguam tentang memeluk islam.apa ni.......